Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 14 negeri AS saman Trump, Musk
  • GLOBAL

14 negeri AS saman Trump, Musk

Utusan Sarawak 3 months ago

MOSCOW: Empat belas negeri di Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman persekutuan terhadap Presiden, Donald Trump, serta bilionaire, Elon Musk yang mengetuai Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE), atas dakwaan memiliki kuasa tanpa had dan tidak terkawal yang melanggar Perlembagaan, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik Jabatan Kehakiman New Mexico.

“Peguam Negara New Mexico, Raul Torrez, bersama Peguam Negara Arizona, Kris Mayes, serta Peguam Negara Michigan, Dana Nessel, dan 11 negeri lain, mengumumkan pemfailan saman mencabar penyerahan kuasa eksekutif secara tidak sah kepada Elon Musk,” menurut kenyataan itu.

Berdasarkan saman itu, Trump didakwa melanggar Klausa Pelantikan dalam Perlembagaan AS, dengan menubuhkan sebuah jabatan persekutuan tanpa kelulusan Kongres dan memberi Musk kuasa luas ke atas keseluruhan kerajaan persekutuan tanpa berunding atau mendapatkan persetujuan Senat.

Peguam Negara Arizona berkata, pengasas AS pasti akan berasa terganggu dengan hakikat bahawa 250 tahun selepas negara itu menumbangkan seorang raja, ramai rakyat Amerika kini berada bawah kawalan seorang jutawan yang tidak dipilih.

Mayes menegaskan bahawa membenarkan individu mengabaikan undang-undang tanpa menghadapi akibat, adalah ancaman terhadap keseluruhan rangka kerja perlembagaan serta memberi amaran kepada penguasaan proses demokrasi negara oleh golongan kaya dan berpengaruh.

“Serangan luar biasa terhadap kerajaan persekutuan kita oleh seorang jutawan yang tidak dipilih serta tidak dilantik seperti Elon Musk, telah merampas hak Senat untuk menasihati dan memberi persetujuan, malah jelas tidak berperlembagaan,” kata Peguam Negara Michigan pula.

Baru-baru ini, DOGE mencadangkan pengurangan perbelanjaan secara ketara ke atas agensi persekutuan, termasuk USAID, Jabatan Perbendaharaan dan Pejabat Pengurusan Personel.

Trump menubuhkan DOGE, iaitu antara perintah eksekutif pertamanya selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47.

Musk dilantik mengetuai jabatan baharu itu yang memberi tumpuan kepada pengurangan kos serta penstrukturan semula agensi persekutuan. – Bernama-SPUTNIK

Continue Reading

Previous: Indonesia keluarkan amaran tahap tertinggi bagi GunungĀ Lewotobi Laki-Laki
Next: Pesawat Tentera Laut AS lakukan pendaratan cemas di Filipina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.