Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 14 murid Tadika KEMAS Nanga Lasi sertai lawatan pendidikan ke BBP Bintangor
  • Tengah
  • WILAYAH

14 murid Tadika KEMAS Nanga Lasi sertai lawatan pendidikan ke BBP Bintangor

Utusan Sarawak 3 days ago

FOKUS….Murid Tadika KEMAS Nanga Lasi fokus dengan pelbagai aktiviti menarik dengan pugak bomba. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Seramai 14 murid Tadika KEMAS Nanga Lasi menyertai lawatan sambil belajar ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, hari ini.

Menurut Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin, lawatan yang berlangsung 9.00 pagi hingga 11.00 pagi itu bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid mengenai keselamatan kebakaran serta peranan penting anggota bomba dalam melindungi masyarakat.

“Program dikendalikan oleh dua orang anggota bomba dengan pengisian pelbagai aktiviti interaktif dan pendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak.

FOKUS….Murid Tadika KEMAS Nanga Lasi fokus dengan pelbagai aktiviti menarik dengan pugak bomba. Foto BBP Bintangor 

“Antara pengisian utama ialah tayangan video keselamatan, taklimat kesedaran kebakaran, latihan ‘Berhenti, Rebah, Guling’ dan pameran peralatan serta jentera bomba,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, pendedahan awal membolehkan murid memahami bahaya api, cara menyelamatkan diri serta pentingnya mematuhi arahan keselamatan.

“Ia juga memberi pengalaman berharga kepada mereka untuk lebih bersedia menghadapi sebarang kecemasan. 

“Aktiviti praktikal seperti latihan ‘Berhenti, Rebah, Guling’ membantu murid mengingati langkah asas menyelamatkan diri ketika berdepan situasi kebakaran,” ujarnya. 

Tambahnya, lawatan tersebut turut memberi peluang kepada murid melihat dengan lebih dekat peralatan dan jentera bomba, sekali gus meningkatkan minat serta keterujaan mereka terhadap profesion penyelamat.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Warga emas hilang di Betong, operasi SAR diteruskan
Next: 160 pemain sah sertai Kejohanan Golf Amatur 2025 di Kelab Golf Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.