DOSQUEBRADAS: Sekurang-kurangnya 14 orang maut dan 34 cedera dalam banjir lumpur yang dicetuskan oleh hujan lebat di Colombia pada Selasa lalu, kata Agensi Bencana Negara.
Hujan awal pagi mengakibatkan tanah runtuh di sebuah gunung di Wilayah Risaralda barat tengah, menimbus beberapa rumah di perbandaran Dosquebradas yang miskin.
“Kami telah mengira 14 orang maut dan 34 cedera dalam banjir lumpur itu,” kata Pegawai Tempatan, Carlos Maya.
Menurut Unit Kebangsaan bagi Pengurusan Risiko dan Bencana, pasukan penyelamat menggali lumpur mencari mangsa yang terselamat, kata
“Bunyi yang sangat kuat menakutkan kami. Kami keluar dan melihat sebuah gunung di atas rumah.
“Saya pergi ke tempat itu dan ia adalah bencana dan ramai yang terperangkap,” ujar pemandu teksi, Dubernei Hernandez, 42.
Hernandez berkata, dia membantu menggali dua mayat dan seorang mangsa yang terselamat selain memberitahu sekurang-kurangnya lima rumah tertimbus lumpur.
Agensi Bencana Colombia menerbitkan gambar yang menunjukkan jurang besar (keruntuhan) akibat banjir lumpur.
Menurut pasukan penyelamat, mereka khuatir banjir lumpur baharu boleh mengakibatkan Sungai Otun yang berdekatan akan memburukkan lagi bencana.
Justeru, beberapa keluarga yang tinggal berhampiran sungai itu dipindahkan kerana berdepan risiko banjir.
“Kami sedang menguruskan keseluruhan perimeter pemindahan kerana kami masih mengesan ketidakstabilan tanah,” kata Alvaro Arias, setiausaha kerajaan di Risaralda, kepada Blu Radio. -AFP