Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 14 lelaki ditahan, dadah bernilai RM615 dirampas dalam Ops Tapis Khas di Limbang
  • JENAYAH

14 lelaki ditahan, dadah bernilai RM615 dirampas dalam Ops Tapis Khas di Limbang

Utusan Sarawak 1 day ago
PERANGI DADAH…antara suspek yang ditahan bersama dadah seberat 6.15 gram dalam Ops Tapis di Limbang.

LIMBANG: Seramai 14 lelaki ditahan bersama dadah seberat 6.15 gram bernilai RM615 dalam Ops Tapis Khas yang dijalankan di daerah ini selama tiga hari bermula Ahad hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot, berkata kesemua suspek ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, tiga suspek ditahan di bawah Seksyen 39A(1), tiga lagi di bawah Seksyen 12(2), manakala lapan suspek ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

“Dalam operasi ini, polis merampas sebanyak 6.15 gram methamphetamine bernilai RM615 yang dianggarkan boleh digunakan oleh sehingga 31 penagih,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Parum berkata kejayaan operasi tersebut adalah hasil risikan berterusan serta kerjasama orang awam dalam menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

Beliau menegaskan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah.

“Memiliki, mengedar atau melindungi aktiviti dadah merupakan kesalahan serius di sisi undang-undang. Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik komited memerangi dadah demi melindungi generasi masa kini dan akan datang kerana dadah adalah musuh nombor satu negara,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti dadah boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang di talian 085-211466, Hotline 24 Jam JSJN Sarawak di talian 017-5929211 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan miliki 28 pil disyaki nospan
Next: Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit penyalahgunaan dadah di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.