Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 14 kenderaan disita dalam Ops Motosikal JPJ Kuching
  • Selatan
  • WILAYAH

14 kenderaan disita dalam Ops Motosikal JPJ Kuching

Utusan Sarawak 6 hours ago
PEGAWAI JPJ Kuching menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan dalam Ops Motosikal di Jalan Dato Haji Daud, Matang, hari ini.

MATANG: Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia Cawangan Kuching telah melaksanakan Ops Motosikal menerusi rondaan dan pemantauan di sekitar bandar raya Kuching, selain pemeriksaan statik di Jalan Dato Haji Daud yang melibatkan kedua-dua hala laluan, di sini.

Sepanjang operasi tersebut, sebanyak 903 kenderaan melibatkan kenderaan perdagangan dan persendirian telah diperiksa.

Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai kesalahan dikesan, antaranya pemandu tidak memiliki lesen memandu yang sah, ketiadaan lesen vokasional, penggunaan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, serta kesalahan teknikal kenderaan yang boleh menjejaskan keselamatan jalan raya.

Dalam operasi yang sama, sebanyak 14 kenderaan telah disita, terdiri daripada 10 motosikal, dua kereta dan dua van.

Tindakan sitaan diambil selepas kenderaan berkenaan didapati menggunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh serta tidak mempunyai perlindungan insurans yang sah.

JPJ menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memastikan lesen memandu, LKM dan perlindungan insurans kenderaan berada dalam tempoh sah sebelum menggunakan kenderaan di jalan raya.

Kerjasama semua pihak amat penting bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan semua pengguna jalan raya.

Continue Reading

Previous: RM58,000 untuk rumah panjang Edward Asnan Lubok Menuang Saeh
Next: JPJ Sarawak perkasa kesedaran melalui Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.