Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 14 keluarga bersyukur terima sumbangan
  • TEMPATAN

14 keluarga bersyukur terima sumbangan

Utusan Sarawak 5 years ago
PRIHATIN … Dato’ Sri Fatimah Abdullah menyampaikan Sumbangan Korporat kepada salah seorang penerima sumbangan tersebut semasa Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Blind Masseur di Majma’Mall,Kuching semalam. – Foto: ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Sumbangan korporat yang disampaikan oleh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato’ Sri Fatimah Abdullah telah membangkitkan rasa kesyukuran kepada 14 wakil keluarga dari Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Bahagian Sarawak.

Bantuan berbentuk makanan tersebut disampaikan di pusat kebajikan masyarakat bahagian Kuching di sebuah pusat beli belah yang terkemuka di sini semalam.

Menurut Fatimah, ia merupakan sumbangan kali kedua yang diberikan kepada pertubuhan tersebut memandangkan ramai yang terjejas daripada segi ekonomi semenjak penularan wabak Covid-19.

“Pihak kami telah menerima panggilan daripada pengerusi Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Bahagian Sarawak, Isak dan beliau meminta bantuan kerana ramai yang hilang punca pendapatan berikutan dengan pandemik pada masa kini.

“Kini mereka hanya mengharapkan bantuan bulanan sebanyak RM400 sahaja dan ramai keluarga yang mengalami kesukaran kerana masih mempunyai anak yang masih kecil dan jumlah tersebut sangat tidak mencukupi.

“Oleh yang demikian, orang ramai juga dialu-alukan untuk menyumbang bantuan kepada mereka demi meringankan beban mereka sedikit,” jelasnya sewaktu berucap sebelum menyerahkan sumbangan tersebut.

Di samping itu, Fatimah turut mengulas tentang Sukan Para Sukma yang telah ditunda kepada 2022.

Tambahnya, beliau berharap penangguhan tersebut memberi peluang kepada para atelit untuk menggunakan masa tersebut untuk berlatih agar mampu memberikan prestasi yang lebih baik pada masa akan datang.

“Berita ini memberikan impak yang positif dan negatif. Jika dilihat daripada segi positif, ia demi menjaga keselamatan para atelit kita kerana penularan wabak yang mampu mengancam nyawa.

“Dari segi negatifnya pula, kita tidak dapat menyertai pelbagai pertandingan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan beberapa atelit tidak akan mampu menyertai sukan tersebut pada masa akan datang memandangkan had umur untuk menyertai sukan tersebut ialah 45 tahun,” jelasnya.

Tambahnya lagi, ubahsuai dari segi strategi juga akan dilakukan dan para atelit turut disarankan untuk terus bersemangat dan mengekalkan latihan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: India Street kini sunyi, suram
Next: Impian berabad jadi kenyataan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.