Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 14 Ahli PGBM Zon Saratok hadiri Persidangan DUN Sarawak Ke-19
  • TEMPATAN

14 Ahli PGBM Zon Saratok hadiri Persidangan DUN Sarawak Ke-19

Utusan Sarawak 2 days ago
SERAMAI 14 orang ahli PGBM Cawangan Zon Saratok telah menyaksikan secara langsung Persidangan DUN Sarawak Ke-19 yang berlangsung, hari ini.
Foto ADUN Kalaka

PETRA JAYA: Seramai 14 orang ahli Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) Cawangan Zon Saratok telah mengadakan lawatan ke Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak untuk menyaksikan secara langsung Persidangan DUN Sarawak Ke-19 yang sedang berlangsung, hari ini.

Sepanjang lawatan tersebut, rombongan berpeluang menyaksikan proses persidangan secara langsung di sebuah dewan khas yang dilengkapi dengan skrin besar.

Mereka turut diberikan pendedahan mengenai perjalanan dan protokol sesebuah persidangan DUN.

Selain itu, para peserta juga berpeluang bertemu dan berinteraksi dengan beberapa pemimpin Sarawak, sekali gus memberi pengalaman baharu kepada mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, berkata lawatan itu bertujuan memberi pendedahan kepada ahli-ahli PGBM mengenai suasana dan situasi sebenar semasa persidangan berlangsung.

“Walaupun ada dalam kalangan ahli yang pernah menghadiri persidangan sebelum ini, masih terdapat juga yang pertama kali merasai pengalaman ini.

“Justeru, ia menjadi sesuatu yang cukup bermakna buat mereka,” katanya.

Menurutnya lagi, rombongan bukan sahaja mengikuti persidangan secara langsung, malah turut diberi peluang meninjau kawasan sekitar bangunan DUN.

“Matlamat utama lawatan ini adalah untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam mengenai pelaksanaan persidangan DUN, di samping merapatkan hubungan antara guru besar sekolah rendah di kawasan Kalaka dengan wakil rakyat.

“Ia juga menjadi platform untuk para guru besar menyuarakan isu dan cabaran berkaitan pendidikan secara terus kepada pemimpin setempat,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kain Buriek jadi tumpuan, usahawan disaran gunakan platform digital
Next: Ibu bapa perlu pantau penggunaan gajet anak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.