

PENGISIAN PROGRAM….Antara pengisian program di SMK Meradong, baru-baru ini. Foto BBP Bintangor
BINTANGOR: Seramai 1,397 pelajar, 133 guru dan 13 anggota kumpulan pelaksana (AKP) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meradong telah menyertai program keselamatan kebakaran.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata program tersebut dijalankan bermula 8.17 pagi hingga 11.00 pagi, baru-baru ini.
“Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Mijan Pamin bersama enam anggota bomba mengendalikan program ini.
“Antara aktiviti yang dijalankan adalah taklimat ringkas berkenaan keselamatan kebakaran dan demonstrasi alat pemadam api,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, turut dijalankan semasa program adalah latihan kebakaran.
“Alhamdulillah, program berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya.
Oleh Earl Anek