Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 137 penerima terima Pingat, Darjah Kebesaran Sarawak
  • SEMASA

137 penerima terima Pingat, Darjah Kebesaran Sarawak

Utusan Sarawak 11 hours ago
TUN Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengurniakan Pingat dan Darjah Kebesaran Sarawak kepada penerima dalam Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Sarawak di Astana Negeri, di sini, hari ini. -Foto UKAS

PETRA JAYA: Seramai 137 penerima telah dikurniakan Pingat dan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dalam Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Sarawak yang berlangsung di Dewan Besar Astana Negeri, di sini, hari ini.

Mendahului senarai penerima bagi Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak (P.B.K) ialah Ketua Biro Pendidikan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Wanita Sarawak, Datin Fauziah Mardiana Sepawi, dan Pengarah Institut Tenaga Lestari dan Diperbaharui (ISuRE), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Profesor Ts Dr Shanti Faridah Salleh.

Sementara itu, 20 individu menerima Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B), termasuk Dr Ho Ai Chia, Dr Sally Suriani Ahip, Dr Mohamad Norjayadi Tamam dan Dr Rudy Tawie Joseph Sipi.

Bagi Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Ahli Bintang Sarawak (A.B.S), seramai 18 penerima dikurniakan darjah tersebut, manakala 18 individu lain menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K).

Dalam kategori Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T) pula, seramai 39 penerima menerima anugerah tersebut, antaranya Abdul Aziz Kadri, Abdul Karim Dollah, Ain Lamat, Amin Mangi, Amirul Syafiq @ Kertini Karnil, dan Amir Hamzah Jahidin.

Sementara itu, 32 individu dikurniakan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Bentara Bintang Sarawak (B.B.S), antaranya Awang Sahpura Awang Mangku, Aidel Jemat, Bohari Mohamad Zini, Chundi Jipon dan Emran Pa’ee.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohammad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Dato Majang Renggi.

Hadir sama Peguam Besar Sarawak, Dato Sri Saferi Ali, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata, Setiausaha Sulit Kanan kepada Premier Sarawak, Datuk Khir Busrah serta ketua-ketua jabatan dan pegawai kanan kerajaan. -UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak perkemas Pengurusan Senapang Patah selaras piawaian ISO
Next: Semakan SST: kutipan cukai dijangka bertambah RM5 bilion pada 2025, RM10 bilion pada 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.