Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 137 pelumba bot kawalan jauh bakal kocakan Waterfront Pulau Li Hua, Sungai Rejang
  • SUKAN

137 pelumba bot kawalan jauh bakal kocakan Waterfront Pulau Li Hua, Sungai Rejang

Utusan Sarawak 5 months ago
ABANG Mohamad bersama jawatankuasa penganjur merakam gambar kenangan selepas sidang media Sibu RC Powerboat Race River Challenge 2024. 

SIBU: Seramai 137 pelumba dari dalam dan luar negara akan memeriahkan acara “Sibu RC Powerboat Race River Challenge 2024” yang dijadualkan berlangsung dari 13 hingga 15 Disember 2024 di Waterfront Pulau Li Hua, Sungai Rejang di sini.

Menurut Residen Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman, ini merupakan perlumbaan bot kawalan jauh (RC) pertama yang diadakan di lokasi berkenaan.

“Acara ini dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pelancongan Bahagian (DTTG) Sibu dan AB Racing Team dengan sokongan Pusat Khidmat Dudong dan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP).

“Sebanyak 514 bot kawalan jauh akan bersaing dalam perlumbaan yang melibatkan pelumba dari pelbagai negara, termasuk dua peserta dari UAE, seorang dari Qatar, dua dari Thailand, dan 20 dari Brunei,” katanya pada sidang media, petang semalam.

Abang Mohamad berkata, acara ini diadakan bertujuan memperkenalkan Sibu sebagai destinasi pelancongan sukan air selain memberi pendedahan kepada sukan bot kawalan jauh di peringkat tempatan dan antarabangsa.

“Sekiranya acara ini berjaya, ia akan diadakan lagi pada 2025 di lokasi yang sama,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa para pemenang bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai dan trofi.

Juara akan menerima RM2,000, naib juara RM1,500, tempat ketiga RM1,000, tempat keempat RM300, tempat kelima RM200, dan tempat keenam hingga kesepuluh akan menerima trofi.

Majlis perasmian perlumbaan ini akan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Dato Sri Tiong King Sing, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, pada 13 Disember, 9.30 pagi.

Selain perlumbaan, acara ini turut menampilkan pameran RC Powerboat di khemah peserta, gerai makanan dan minuman, serta jualan cenderamata eksklusif oleh DTTG Sibu.

Pengunjung juga boleh memasuki tapak acara secara percuma.

Orang ramai, terutama warga Sibu dan pelancong, dijemput hadir untuk menyaksikan aksi mendebarkan daripada para pelumba yang bertanding.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Arab Saudi siap sedia untuk Piala Dunia FIFA 2034 – Benzema
Next: Slot puji ketangkasan Alisson, Salah kekalkan rekod sempurna Liverpool

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.