Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 132 warga SK Ulu Entaih sertai program keselamatan kebakaran
  • Tengah
  • WILAYAH

132 warga SK Ulu Entaih sertai program keselamatan kebakaran

Utusan Sarawak 10 hours ago
 ANTARA aktiviti yang dijalankan sepanjang program. Foto BBP Bintangor

PAKAN: Seramai 132 warga Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih menyertai program kesedaran keselamatan kebakaran sebagai usaha meningkatkan pengetahuan dan kesiapsiagaan menghadapi situasi kecemasan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, program yang bermula dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari semalam dikendalikan oleh tiga anggota bomba.

Katanya, pelbagai aktiviti disusun bagi memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai langkah-langkah pencegahan kebakaran dan tindakan yang perlu diambil ketika berdepan kecemasan.

DUA anggota bomba menunjukkan teknik memadamkan kebakaran.

“Program ini penting bagi membentuk budaya keselamatan dalam kalangan murid dan guru, selain meningkatkan pengetahuan mengenai tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran.

“Pendedahan melalui ceramah, demonstrasi dan latihan praktikal dapat membantu warga sekolah bertindak dengan lebih tenang, cepat dan teratur ketika menghadapi situasi kecemasan,” katanya ketika dihubungi pada hari ini.

Tambahnya, antara pengisian program ialah latihan pengungsian bangunan, latihan kebakaran, ceramah kesedaran keselamatan kebakaran dan demonstrasi penggunaan alat pemadam api.

Katanya, peserta turut didedahkan dengan demonstrasi memadam kebakaran dapur, pameran peralatan bomba dan aktiviti Celik Suri yang mendapat sambutan menggalakkan.

“Latihan pengungsian bangunan memberi peluang kepada warga sekolah memahami prosedur pemindahan yang betul, sekali gus meningkatkan tahap kesiapsiagaan sekiranya berlaku kejadian sebenar.

“Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan di lebih banyak sekolah bagi memupuk kesedaran mengenai kepentingan pencegahan kebakaran dan membentuk masyarakat yang lebih peka terhadap aspek keselamatan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Garisan sempadan tidak mampu memisahkan budaya serumpun
Next: Latihan pengungsian bangunan perkasa kesiapsiagaan sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.