Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 132 usahawan tani terima bantuan
  • TEMPATAN

132 usahawan tani terima bantuan

Utusan Sarawak 2 years ago

PENYERAHAN BANTUAN ... Dr. Sim menyampaikan bantuan kepada usahawan tani bagi DUN Batu Kawa.

KUCHING: Seramai 132 usahawan tani di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawa menerima bantuan berupa input pertanian dengan anggaran RM2,000 setiap seorang.

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian berkata, bantuan input pertanian tersebut adalah inisiatif Jabatan Pertanian Bahagian Kuching bagi membantu mereka yang memerlukan serta merancakkan lagi aktiviti pertanian di kawasan itu.

“Pada hari ini (kelmarin) kita telah buat penyerahan peralatan pertanian seperti baja dan racun untuk aktiviti penanaman sayur di sini. 

“Kalau dua tahun lepas, jumlah bantuan yang diberikan ialah RM1,000 namun tahun ini nilainya meningkat kepada RM2,000 dengan kuantiti sama kerana kenaikan harga barang tani,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir menyerahkan bantuan tersebut di Kuching, kelmarin. 

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa berkata, kementeriannya juga bercadang untuk menubuhkan satu pusat bakul makanan di kawasan ini iaitu pusat untuk pengumpulan, pemprosesan dan pembungkusan hasil pertanian. 

“Pusat itu nanti akan memudahkan petani di kawasan ini untuk menghantar hasil pertanian mereka untuk dijual kepada pemborong dan peniaga di sekitar Kuching,” katanya.

Continue Reading

Previous: Tiga Timbalan Premier guna kenderaan bahan api hidrogen
Next: Tun Taib bersama keramaian berbuka puasa, solat maghrib, isyak, bertarawih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.