Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • 1,300 peserta sertai Malaysia Techlympics 2025 Zon Sarawak
  • PENDIDIKAN

1,300 peserta sertai Malaysia Techlympics 2025 Zon Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
TIMBALAN Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Ruziah Shafei merakamkan gambar kenangan pada Malaysia Techlympics 2025 Peringkat Zon Sarawak yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, hari ini.

KUCHING: Sebanyak 1,300 peserta dari 80 sekolah di seluruh Sarawak menyertai Malaysia Techlympics 2025 Peringkat Zon Sarawak yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Ruziah Shafei berkata Malaysia Techlympics ialah platform strategik untuk membudayakan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) melalui kaedah pembelajaran berasaskan pertandingan interaktif.

Beliau berkata hal ini selaras dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 yang memberikan tumpuan kepada kemahiran masa depan, termasuk kecerdasan buatan (AI), pengaturcaraan, teknologi dron, pengkomputeran awan dan teknologi digital lain.

“MOSTI yakin pendedahan awal ini mampu melahirkan modal insan berkemahiran tinggi bagi menyokong aspirasi Malaysia menjadi negara berteknologi tinggi menjelang 2030,” katanya dalam kenyataan selepas merasmikan program itu.

Ruziah berkata hingga kini, lebih 2,500 pelajar dan 89 guru dari Sarawak telah menerima manfaat melalui latihan secara fizikal dan dalam talian termasuk program Training of Trainers (ToT).

Beliau berkata Malaysia Techlympics yang memasuki tahun keempat penganjuran sejak 2022 itu secara purata menerima penyertaan tahunan mencecah hampir 1.4 juta orang di seluruh negara.

-Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam lepasan STPM diumum Jumaat ini
Next: 78,883 lepasan STPM, setaraf ditawarkan ke universiti awam menerusi UPUOnline

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.