Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 1,300 pek bubur lambuk diagihkan penduduk setempat di Kampung Tengah Simanggang
  • SEMASA

1,300 pek bubur lambuk diagihkan penduduk setempat di Kampung Tengah Simanggang

Utusan Sarawak 7 hours ago
DAYANG Noorazah semasa hadir pada program pengagihan bubur lambuk di Masjid Lama Kampung Tengah Sri Aman, petang ini. Foto: Adi Safarman

SIMANGGANG: Sebanyak 1,300 pek bubur lambuk telah diagihkan kepada penduduk setempat dalam satu program kemasyarakatan yang berlangsung di hadapan Masjid Lama Kampung Tengah Sri Aman (MASLA), petang ini.

Program pengagihan bubur lambuk itu merupakan anjuran bersama Lembaga Amanah Kebajikan Kampung Tengah, Jawatankuasa Pengurusan MASLA, Biro Kemasyarakatan Sosial Wanita Lingga serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Simanggang sebagai usaha menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan komuniti setempat.

Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor yang turut meluangkan masa beramah mesra bersama penduduk yang hadir menerima agihan.

DAYANG Noorazah semasa hadir pada program pengagihan bubur lambuk di Masjid Lama Kampung Tengah Sri Aman, petang ini. Foto: Adi Safarman

Menurut Pengerusi KRT Bandar Simanggang, Tay Cho Seng, program tersebut mendapat sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat pelbagai kaum yang hadir seawal petang bagi mendapatkan bubur lambuk yang disediakan secara gotong-royong.

Beliau berkata, penyediaan bubur lambuk melibatkan kerjasama erat ahli jawatankuasa terlibat yang berganding bahu sejak awal pagi bagi memastikan kelancaran proses memasak dan pembungkusan.

Tambahnya, inisiatif seperti ini bukan sahaja bertujuan berkongsi rezeki, malah mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk di sekitar Bandar Simanggang tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.

DAYANG Noorazah semasa hadir pada program pengagihan bubur lambuk di Masjid Lama Kampung Tengah Sri Aman, petang ini. Foto: Adi Safarman

Sementara itu, Dayang Noorazah dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan dan menyifatkannya sebagai contoh terbaik semangat kebersamaan dalam komuniti.

Beliau berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh perpaduan serta menyemai nilai keprihatinan dalam kalangan masyarakat setempat di Simanggang dan kawasan sekitarnya.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lingga, Kaunselor Suhaidi@Roslan Los; Ketua Wanita PBB Lingga, Sapiah Drahman; Ketua Pemuda PBB Lingga, Abdul Rahim Jamil.

Selain itu, Penghulu Zamari Morshidi; Ketua Kaum Kampung Tengah, Kiffle Morni; Setiausaha KRT Bandar Simanggang, Chong Sze Meng;  Bendahari, Ngu Sze Lee dan Ketua Jiran Wanita Donna Goh.

Oleh Adi Safarman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: ADUN Lingga salur RM42,250 sokong dua bazar Ramadan di Bandar Simanggang
Next: Caruman sukarela RM19.2 bilion bukti rakyat ada lebihan pendapatan untuk simpanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.