Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 13 Pusat Kuarantin dikenal pasti
  • SEMASA

13 Pusat Kuarantin dikenal pasti

Utusan Sarawak 5 years ago

ALEXANDRA LORNA

KUCHING: Sarawak telah mengenalpasti 13 Pusat Kuarantin yang telah digunakan, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah.

Beliau yang merangkap pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) berkata JPBN masih dalam usaha mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan Pusat Kuarantin di daerah lain.

“Antara Pusat Kuarantin yang telah menepati syarat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia adala Institut Latihan KKM (KKA), Kuching ,Kampung Sukan Petronas, Miri, Kem Belia Kemunyang, Sibu, Stadium Tertutup, Limbang, Taman Negara Similajau, Bintulu, Stadium Tertutup, Lawas, Rumah Temuai, Kapit, Institut Pembangunan Desa (INFRA) Sarawak, Kota Samarahan,  INTAN, Kota Samarahan, Rumah Rehat, Sri Aman, Kolej Kejururawatan, Sibu, Dewan Suarah, Limbang danInstitut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), Kuching,” katanya

Beliau berkata demikian dalam sidang media berkenaan situasi terkini Covid-19 di Sarawak semalam.

Beliau menambah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak juga telah membuka Pusat saringan Covid-19 di Kompleks Belia dan Sukan.

“Sejak ia dibuka pada 21 Mac yang lepas, seramai 1,771 telah disaring dengan 642 sampel diambil dan 17 kes positif telah dikesan,” katanya.

Ditanya tentang peserta daripada Majlis Itjimak Masjid Seri Petaling dari Sarawak, Uggah berkata, pihaknya berasa gembira kerana kesemua 682 peserta telah hadir untuk membuat saringan kesihatan.

“Sejak hari pertama mereka dipanggil untuk membuat saringan, kesemua mereka bekerjasama dan telah membuat saringan,” kata Uggah.

Uggah juga memberitahu, pihak JPBN akan selanjutnya membincangkan tentang cara meningkatkan keupayaan untuk melakukan ujian terhadap kes yang disyaki terutamanya di Sibu dan Miri.

“Mungkin kita ada kesukaran untuk melakukan ujian di kawasan pendalaman, namun kita akan mencuba sebaik mungkin dalam mengadakan ujian di kawasan tersebut.

“Jika dilihat, sehingga hari ini, masa untuk mendapatkan keputusan ujian adalah lebih pendek berbanding dahulu.

“Dan pihak Dato’ Sri Dr. Sim Kui Hian juga telah mewujudkan mekanisma dengan menambah perkhidmatan dari Unimas dan SGH bagi memastikan kita dapat meningkatkan keupayaan dalam melakuan ujian harian untuk Sarawak,” kata Uggah.

Continue Reading

Previous: Pekerja pelantar minyak, gas perlu kuarantin 14 hari
Next: PKP masuk fasa ‘keras’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.