Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 13 projek RTP 2026 perkasa infrastruktur dan kemudahan awam di Meradong
  • Tengah
  • WILAYAH

13 projek RTP 2026 perkasa infrastruktur dan kemudahan awam di Meradong

Utusan Sarawak 6 hours ago
ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing bergambar bersama ahli jawatankuasa Masjid Al-Muhajirin. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Sebanyak 13 projek Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2026 melibatkan kemudahan sekolah, rumah panjang dan jalan kampung dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong bagi meningkatkan keselesaan dan kesejahteraan rakyat setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, kesemua projek tersebut berada di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarikei dan bertujuan memperkukuh pembangunan infrastruktur luar bandar secara menyeluruh.

“Pemantauan secara turun padang amat penting bagi memastikan setiap projek RTP dilaksanakan dengan baik dan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

“Kita mahu memastikan setiap peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan digunakan dengan telus, berhemah dan mampu meningkatkan kemudahan serta kesejahteraan penduduk di kawasan ini,” katanya ketika meninjau pelaksanaan projek tersebut, baru-baru ini.

Antara projek RTP 2026 yang diluluskan termasuk kerja menaik taraf jalan Rumah Budol, Sungai Petai dengan peruntukan RM50,000; menaik taraf kemudahan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Petai (RM100,000); menaik taraf struktur berbumbung SK Ulu Meradong (RM100,000); menaik taraf ruang tambahan Masjid Al-Muhajirin (RM50,000); menaik taraf stadium Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kai Chung (RM100,000); menaik taraf pagar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yong Kwong (RM50,000) dan menaik taraf gelanggang bola keranjang SJKC Kung Cheng (RM50,000).

Selain itu, projek yang turut diluluskan adalah menaik taraf kemudahan SMK Meradong (RM150,000); pembinaan baharu tembok penahan di Rumah Ujih, Sungai Rayah (RM100,000); menaik taraf kemudahan dewan dan bilik ICT SK Rentap (RM50,000); baik pulih halaman SJKC Hua Kee (RM50,000); menaik taraf dewan dan pendawaian semula SK Bukit Nibong (RM100,000); serta menaik taraf jalan dan lantai Rumah Giman, Skim B dengan peruntukan RM50,000.

Tambahnya, projek-projek tersebut melibatkan pelbagai kemudahan penting termasuk institusi pendidikan, kemudahan keagamaan serta prasarana komuniti yang memberi manfaat langsung kepada penduduk setempat.

“Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan pembangunan luar bandar terus diperkasa dan setiap projek yang dilaksanakan memberi impak positif kepada masyarakat,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak JKR Sarikei selaku agensi pelaksana atas komitmen dan kerjasama dalam memastikan kelancaran pelaksanaan projek-projek tersebut.

Turut hadir, wakil Pejabat Daerah Sarikei, SAO Mohamad Tajuddin Yusof serta Penolong Jurutera (Awam) JKR Sarikei, Atikah Mohammad.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Jualan Rahmah Bergerak ringankan beban rakyat sempena musim perayaan
Next: Hospital Bintulu mohon bantuan kesan waris mendiang Hii Tiing Ing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.