Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 13 pertubuhan terima peruntukan MRP RM39,000 di DUN Bekenu
  • WILAYAH

13 pertubuhan terima peruntukan MRP RM39,000 di DUN Bekenu

Utusan Sarawak 4 hours ago
TERIMA KASIH… Datuk Rosey Yunus menyerahkan peruntukan MRP kepada salah satu jawatankuasa Biro Wanita pada Majlis Penyerahan MRP 2025 di Bekenu, hari ini.

BEKENU: Sebanyak 13 pertubuhan dan jawatankuasa terima geran peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu hari ini.

Penerima MRP tersebut merupakan peruntukan bagi pertubuhan-pertubuhan yang belum menerima dan gantian cek bermasalah khasnya pada 2025.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus berkata, jumlah keseluruhan MRP ini ialah RM39,000 dan kebanyakan penerima adalah jawatankuasa Biro Wanita DUN Bekenu.

“Peruntukan Kecil kepada Biro Wanita adalah sebagai pemangkin kepada pemerkasaan wanita luar bandar apabila dana kerajaan ini dimanfaatkan oleh Biro Wanita di peringkat kampung dan rumah panjang bagi melaksanakan pelbagai program.

“Ini juga memperkasakan peranan wanita dalam pembangunan ekonomi dan sosial, sekali gus memastikan peluang yang sama rata kepada golongan tersebut.

“Dana ini digunakan untuk mengukuhkan pelaksanaan program Biro Wanita, termasuk pembangunan kemahiran seperti keusahawanan, penjanaan pendapatan komuniti serta aktiviti kebajikan dan sosial khususnya di kawasan luar bandar,” katanya.

Rosey yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan MRP di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Bekenu di sini, hari ini.

Tambahnya, melalui MRP, Biro Wanita dapat menganjurkan program yang memberi manfaat langsung kepada ahli dan komuniti.

Antara aktiviti yang dibiayai menerusi peruntukan ini termasuk rantai manik, kain burik dan sebagainya, jelasnya.

Justeru itu, secara keseluruhan, pelaksanaan MRP dilihat sebagai suntikan dana yang signifikan dalam menyokong agenda kerajaan untuk memperkasa wanita luar bandar, sekali gus menyumbang kepada pembangunan mampan komuniti setempat.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MBKS angkat nilai bandar penyayang melalui pertunjukan fesyen dan pertandingan poster
Next: Majlis Pemuafakatan KPM–IPD Limbang fokus hentikan buli, gangguan seksual

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.