Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 13 pertubuhan di Kabong terima peruntukan RM87,000
  • Tengah
  • WILAYAH

13 pertubuhan di Kabong terima peruntukan RM87,000

Utusan Sarawak 1 day ago
DATO Mohd Chee Kadir menyampaikan sumbangan geran khas kerajaan Sarawak dan bantuan secara sekali beri kepada penerima dekat sini semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Sebanyak 13 pertubuhan di sekitar Kabong menerima Peruntukan Geran Khas Kerajaan Sarawak berjumlah RM87,000 dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir turut menyampaikan bantuan secara sekali beri (one-off) berjumlah RM4,100 kepada 16 pemohon yang memerlukan, merangkumi bantuan kebajikan dan pendidikan.

Menurut Chee Kadir, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Pusat Khidmat DUN Kabong untuk membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan, khususnya dalam menampung kos pendidikan dan keperluan asas harian.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pimpinan kerajaan Sarawak atas kelulusan peruntukan geran khas ini.

Diharapkan sumbangan ini memberi manfaat serta memudahkan urusan pertubuhan penerima bantuan,” katanya.

Tambah beliau, penduduk yang memerlukan bantuan kebajikan atau pendidikan secara sekali beri boleh mengemukakan permohonan secara terus ke Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong pada waktu pejabat.

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela, selaras dengan agenda pembangunan inklusif kerajaan Sarawak,” katanya lagi.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Bangunan RM25 juta PKL dijangka siap 2027
Next: 12 PWPK RISDA Miri merasai pengalaman mencanting batik lukis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.