Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 13 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar Antarabangsa Sarawak 2025 di Sibu
  • SUKAN

13 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar Antarabangsa Sarawak 2025 di Sibu

Utusan Sarawak 15 hours ago
STEPHANIE Law Feng Nie (tengah) ketika berucap pada sidang media Kejohanan Bola Tampar Jemputan Antarabangsa Sarawak 2025 di Stadium Tertutup Bola Tampar di sini, hari ini.

SIBU: Sebanyak 13 pasukan dari dalam dan luar negara bakal berentap dalam Kejohanan Bola Tampar Jemputan Antarabangsa Sarawak 2025 yang akan berlangsung dari 29 Julai hingga 3 Ogos ini di Stadium Tertutup Bola Tampar, di sini.

Setiausaha Persatuan Bola Tampar Sarawak (SAVA), Stephanie Law Feng Nie berkata, kejohanan itu dianjurkan oleh SAVA dengan kerjasama Persatuan Bola Tampar Sibu (SVA), dan menyaksikan penyertaan pasukan dari negara seperti Thailand, Hong Kong, Mongolia dan Taiwan, selain wakil tempatan dari Johor, Miri dan Sarawak.

“Bagi kategori lelaki, enam pasukan akan bersaing iaitu dari Thailand, Hong Kong, Johor, Miri, Sarawak Senior dan Sarawak Junior.

“Sementara itu, kategori wanita disertai tujuh pasukan termasuk Mongolia, Taipei, dua pasukan dari Thailand serta Sarawak Senior, Sarawak Junior dan Johor,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut beliau, kejohanan ini turut memberi peluang kepada Sarawak untuk memperkasakan pasukan dengan kehadiran pemain import dari Thailand.

“Pasukan Sarawak Senior lelaki menjemput empat pemain import, manakala pasukan wanita membawa masuk dua pemain ‘middle blocker’ dari Thailand bagi memperkuatkan barisan sedia ada,” jelasnya.

Tambah beliau, kehadiran pemain antarabangsa itu bukan sahaja meningkatkan kekuatan pasukan, malah memberi pendedahan berguna kepada pemain tempatan dalam usaha membentuk skuad bertaraf antarabangsa.

“Kebanyakan pemain import ini merupakan pemain kebangsaan negara masing-masing. Kita mahu mereka bukan sahaja bermain, tetapi turut membimbing pemain muda kita,” ujarnya.

Beliau berkata, penganjuran kejohanan itu juga merupakan antara strategi awal Sarawak dalam membina pasukan mantap menjelang temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

“Kita tidak mahu hanya mula bersedia apabila SUKMA sudah hampir. Dengan kejohanan seperti ini, kita boleh meningkatkan prestasi dan daya saing atlet sejak awal,” katanya.

Kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai sebanyak AS$2,000 kepada juara bagi setiap kategori, AS$1,000 kepada naib juara dan AS$500 untuk tempat ketiga.

Majlis perasmian dijadualkan berlangsung pada 29 Julai ini dan akan disempurnakan oleh tetamu kehormat yang akan diumumkan kelak.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Larian Separuh Maraton Kuching 2025 tarik lebih 3,200 peserta, pacu pelancongan sukan Sarawak
Next: Raja Sungai Pesta Gedong 2025 milik King Paddle GT

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.