LIMA: Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh manakala enam yang lain cedera apabila polis melakukan serbuan di sebuah kelab malam di Peru, lapor agensi berita Xinhua, memetik pihak berkuasa pada Ahad.
Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri,kira-kira 120 orang berkumpul untuk menghadiri pesta di kelab malam Thomas Restobar, di daerah Los Olivos, di tengah-tengah larangan perjumpaan sosial disebabkan Covid-19.
Kira-kira 9.00 malam Sabtu, ‘anggota polis menerima maklumat mengenai pesta itu’ dan ke lokasi kejadian untuk menyiasat. “Polis tidak menggunakan senjata atau gas pemedih mata, mereka kumpul untuk menghadiri pesta di kelab malam Thomas Restobar, di daerah yang menghadiri pesta itu panik dan cuba melarikan diri menyebabkan berlaku insiden rempuhan di satu-satunya pintu keluar, kebanyakan mangsa yang maut disebabkan dipijak,” menurut kementerian.
Tiga yang cedera terdiri pegawai polis “ketika cuba membantu pengunjung yang terperangkap,” tambah kementerian itu. Polis menahan 23 orang dan sedang mengenal pasti pemilik kelab dan penganjur pesta.
“Kementerian Dalam Negeri sedih dengan kejadian yang mengorbankan 13 orang akibat tindakan tidak bertanggungjawab peniaga dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa,” kata kenyataan itu.-Bernama