Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 13 letupan bom gegarkan selatan Thailand
  • GLOBAL

13 letupan bom gegarkan selatan Thailand

Utusan Sarawak 3 years ago

KAKITANGAN hospital mengeluarkan mayat suspek penyerang yang ditembak mati anggota polis di Narathiwat,
selatan Thailand, semalam. • Foto AFP

BANGKOK: Sekurang-kurangnya 13 letupan dilancarkan oleh pengebom di sebuah bandar di Narathiwat, selatan Thailand, semalam.

Lapor AFP, selepas pengepungan dilakukan selama 20 jam di wilayah berdekatan, pihak polis berjaya membunuh dua suspek yang melancarkan serangan itu dalam serbuan berasingan.

Serangan ganas itu berlaku seminggu selepas pihak kerajaan menganjurkan dialog mengenai insiden melibatkan penduduk minoriti Melayu-Islam di selatan Thailand.

Pihak berkuasa memaklumkan mereka cuba berunding dengan suspek sebelum menyerbu masuk sebuah rumah di kawasan itu.

Serbuan itu menyebabkan seorang polis bantuan cedera dan dua suspek terbunuh.

Dalam kejadian berasingan, Jurucakap Timbalan Polis, Kissing Phathanacharoen berkata, seorang suspek mengalami kecederaan selepas 13 letupan menggegarkan Yala, Jumaat lalu.

Kebanyakan letupan berlaku di kawasan jalan di hadapan kedai serbaneka, kedai, pasar, hospital veterinar dan bengkel kereta.

Pihak polis menemukan sekurang-kurangnya tiga bom yang belum meletup yang dibuat dari botol penyembur dan paip besi dengan alat pengira masa yang dilekatkan.

Pihak polis mengesyaki letupan itu bertujuan menyebabkan lebih banyak kerosakan dan kecederaan berlaku.-AFP

Continue Reading

Previous: Ribut Malik landa sebahagian UK
Next: Tentera AS tolak vaksin dipecat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.