Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 13 lelaki tempatan ditahan, positif dadah di Bau
  • JENAYAH

13 lelaki tempatan ditahan, positif dadah di Bau

Utusan Sarawak 20 hours ago
DITAHAN… 13 lelaki tempatan dalam satu operasi khas antidadah yang dijalankan di beberapa kawasan di sekitar Bau, awal pagi tadi. Foto IPD Bau

BAU: Polis menahan 13 lelaki tempatan dalam satu operasi khas antidadah yang dijalankan di beberapa kawasan di sekitar Bau, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A. Rahman berkata, operasi tersebut dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Bau dengan kerjasama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau menerusi Operasi (Op) Tapis dan Op Lejang Khas.

Menurut beliau, operasi itu dijalankan antara 5.00 pagi hingga 9.00 pagi di sekitar Taman Mutiara, Kampung Sungai Pinang dan Kampung Buan Buso.

“Seramai 13 lelaki tempatan telah diperiksa dalam operasi ini dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiga suspek ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah, manakala selebihnya ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) akta yang sama kerana penyalahgunaan dadah.

Dalam operasi berkenaan, polis turut merampas dadah seberat kira-kira 1.3 gram dengan nilai anggaran RM130.

“Kesemua suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Bau dan tiga daripada mereka akan dibawa ke mahkamah esok bagi permohonan reman,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa pihak polis akan terus mempergiatkan usaha penguatkuasaan dan pemantauan bagi membanteras penyalahgunaan dadah di daerah ini, selain menggesa orang ramai agar menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah kepada pihak berkuasa.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Pergaduhan di hotel, lelaki warga asing maut di Sibu
Next: 21 individu dirakam keterangan, bedah siasat sahkan punca kematian pasangan di Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.