Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 13 kampung meriahkan KASUS
  • SUKAN

13 kampung meriahkan KASUS

Utusan Sarawak 4 years ago
KREATIF… Lo Khere Chiang (duduk, di sebelah kanan) menguji kerusi yang dapat diubah menjadi set meja taman yang ditabalkan juara dalam acara reka cipta KASUS.

SEBANYAK 13 kampung di kawasan Cawangan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Batu Kitang turut serta dalam acara Karnival Sukan SABERKAS (KASUS) yang dianjurkan oleh Cawangan Saberkas Batu Kitang semalam.

Karnival ini bertujuan untuk menarik minat golongan belia khususnya di kawasan Batu Kitang untuk turut serta dalam program yang bermanfaat terutamanya dalam acara sukan.

Antara acara-acara yang dipertandingkan ialah badminton, e-sukan (Mobile Legend), masakan, gubahan bunga, pembuatan kuih tradisional, reka cipta barangan buangan, dan boling yang telah berlangsung sejak Oktober lalu.

Karnival yang bermula seawal jam 9.00 pagi di Kompleks Sukan Stakan meriah dengan kehadiran para peserta dan penduduk di 13 kampung Kawasan Batu Kitang di samping menuruti Standard Operasi Prosedur (SOP) yang telah disarankan.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang yang juga Pengerusi Saberkas Cawangan Batu Kitang dan Naib Presiden Saberkas Negeri Sarawak, Abang Abdul Aziz Rauf, dan Naib Pengerusi Saberkas Cawangan Batu Kitang, Dato Ahmad Dato Sri Haji Ibrahim,

Oleh ASYRAF HALIM

Continue Reading

Previous: 32 pasukan berentap
Next: Hakimi Man dapat sokongan ramai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.