Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • 13 individu terlibat penyalahgunaan dadah didakwa di Mahkamah Saratok
  • MAHKAMAH

13 individu terlibat penyalahgunaan dadah didakwa di Mahkamah Saratok

Utusan Sarawak 5 hours ago
KETUA Polis Daerah Saratok DSP Mathew Manggie.

SARATOK: Mahkamah Saratok mendakwa sekurang-kurangnya 13 individu tempatan yang terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah melalui satu perbicaraan yang berlangsung semalam.

Tindakan tegas ini memperlihatkan komitmen berterusan pihak berkuasa dalam membanteras kegiatan dadah di daerah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata pertuduhan tersebut adalah hasil siasatan dan tangkapan yang dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok sepanjang bulan Disember tahun ini.

Menurut beliau, kesemua pertuduhan dikemukakan di Mahkamah Saratok dan dikendalikan di hadapan Majistret Intan Nurul Ferena Zainal Abidin.

Prosiding berjalan lancar mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

“Dalam sidang perbicaraan tersebut, seramai 11 individu telah dituduh di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan kesemua tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah DSP Mathew, dua individu lagi turut dituduh di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952, yang melibatkan kesalahan memiliki dadah berbahaya, dan kes mereka akan diproses mengikut peringkat perundangan selanjutnya.

Beliau menegaskan bahawa kejayaan pertuduhan ini membuktikan keberkesanan tindakan penguatkuasaan bersepadu yang dilaksanakan oleh BSJN IPD Saratok dalam mengekang penularan penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat setempat.

Sehubungan itu, DSP Mathew memaklumkan bahawa pihaknya akan terus melaksanakan Op Tapis secara berterusan di seluruh Daerah Saratok, selaras dengan arahan terkini pucuk pimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak bagi membasmi aktiviti penyalahgunaan dadah secara menyeluruh dan berkesan.

Oleh Adi Safarman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Mahkamah Tinggi tolak permohonan ibu Zayn Rayyan tangguh hukuman penjara
Next: 36 kes dadah dibicarakan dalam Sidang Mahkamah Litar Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.