Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 127 warga SK Nanga Lasi sertai ceramah keselamatan kebakaran
  • Tengah
  • WILAYAH

127 warga SK Nanga Lasi sertai ceramah keselamatan kebakaran

Utusan Sarawak 1 day ago

FOKUS… Pengisian aktiviti dijalankan oleh warga SK Nanga Lasi dan pihak bomba. Foto BBP Bintangor

JULAU: Seramai 127 warga Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Lasi telah menyertai ceramah keselamatan kebakaran yang diadakan baru-baru ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, program tersebut bermula pada 9.00 pagi.

“Seramai 99 murid, 15 guru dan 13 kakitangan sekolah menyertai program ini. 

“Selain ceramah, pihak kami turut mengadakan demonstrasi alat pemadam api,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, warga sekolah tersebut turut berpeluang belajar mengendalikan alat pemadam api dengan cara yang betul. 

“Pihak kami turut menjalankan pemeriksaan menghapus bahaya kebakaran (MBK) di sini. 

“Alhamdulillah, program berjalan lancar dan selesai sepenuhnya pada 11.30 pagi,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Grolite galak orang ramai derma darah sempena Program CSR pada 24 Ogos
Next: Gangguan bekalan air berjadual di Subis, Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.