BAU: Projek Rumah Mampu Milik yang di laksanakan oleh Kerajaan Sarawak di bawah naungan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah siap sepenuhnya dan penduduk Bunga Rampai, Batu Kitang adalah yang pertama bakal menduduki rumah tersebut dalam masa terdekat.
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan,Dato’ Sri Sim Kui Han,projek tersebut adalah projek pertama di Sarawak dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) dengan peruntukan RM21.9 juta dan telah siap dalam masa 21 bulan seperti yang dijadualkan.
“Sebanyak 122 penduduk Bunga Rampai adalah penduduk pertama yang telah berjaya memiliki Rumah Mampu Milik tersebut yang bermodalkan
sebanyak RM90,000 ke RM120,000 untuk sebuah rumah dengan faedah pembiayaan yang terendah sebanyak satu peratus sahaja.
Menurutnya, Kerajaan Sarawak dengan kerjasama daripada Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd telah berbesar hati untuk membantu rakyatnya
memiliki rumah dengan pembiyaan pembayaran yang rendah berjumlah di antara RM229 sehingga RM329 sebulan serta faedah paling rendah yang telah dilaksanakan pada tahun ini iaitu satu peratus sahaja.
“Mutiara fi nance telah ditugaskan oleh Kerajaan Negeri untuk memberi pinjaman duit kepada pembeli rumah mampu milik supaya mereka dapat mempunyai rumah tersebut kerana rata-rata penduduk tidak mampu dan layak untuk membeli.
“Dengan faedah serendah satu peratus tersebut, maka pembeli dapat membeli rumah tersebut dengan kadar yang rendah.
Dulu saya masuk ke kampung Sungai Rampai ini,saya melihat terdapat rumah yang uzur seperti nak jatuh ke sungai, oleh itu GPS telah membantu rakyatnya dengan membina rumah mampu milik untuk keselesaan rakyat dan seisi keluarga,” jelas beliau.
Selain itu, beliau berkata,bahawa Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak 2,500 unit rumah mampu milik kepada rakyatnya bermula tahun 2020 dan 2021.
“Sebanyak 1,030 units sedang di jalankan sekarang bermula dari tahun lepas dan selebihnya sebanyak 1,779 unit rumah akan dilaksanakan pada tahun ini.
“Kerajaan Negeri sasarkan sebanyak 2,500 unit rumah yang akan dibina untuk seluruh Sarawak oleh perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC),” katanya semasa berucap di Majlis Penyerahan Surat Tawaran Projek Mampu Milik Kampung Bunga Rampai di Batu Kitang Bau, semalam.
Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa Kes Covid-19 semakin meningkat dan hendaklah masyarakat berwaspada dengan mengikut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi mengelakkan penyebaran wabak tersebut terus berlaku.
Oleh AMINAH WASLI