Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 120 peserta meriahkan ‘Program MDLA Once Upon A Library’ di SK Nanga Kesit
  • Selatan
  • WILAYAH

120 peserta meriahkan ‘Program MDLA Once Upon A Library’ di SK Nanga Kesit

Utusan Sarawak 8 hours ago
PENGANJURAN ‘Program MDLA Once Upon A Library’ yang berlangsung meriah di Dewan Lemanak SK Nanga Kesit, di sini, semalam. Foto: MDLA

LUBOK ANTU: Seramai 120 peserta telah mengambil bahagian dalam ‘Program MDLA Once Upon A Library’ yang berlangsung meriah di Dewan Lemanak, Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Kesit, di sini, semalam.

Program anjuran Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) itu telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Lubok Antu yang juga Pengerusi MDLA, Akoi Ejau, dalam usaha mengukuhkan budaya membaca dan literasi dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Menurut jurucakap MDLA, program ini turut bertujuan mempromosikan perkhidmatan Perpustakaan Awam MDLA, selain memperkenalkan pelbagai aktiviti pendidikan dan kemasyarakatan yang dirangka khusus untuk memberi manfaat kepada penduduk, khususnya murid-murid sekolah rendah.

Antara pengisian utama program ialah pendaftaran ahli perpustakaan baharu, aktiviti interaktif ‘Explorace Ilmu’, sesi literasi maklumat kendalian Pustaka Negeri dari Kuching, serta pelbagai aktiviti dan permainan bertemakan alam sekitar yang dikendalikan oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Betong.

Selain itu, turut diadakan kuiz dan aktiviti berkaitan keselamatan kebakaran oleh Balai Bomba dan Penyelamat Betong serta sambutan Hari Sarawak dengan acara simbolik mengibarkan bendera Sarawak, menyemai semangat cinta kepada negeri dalam kalangan peserta.

“Penganjuran program ini diyakini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan ilmu pengetahuan, pemeliharaan alam sekitar dan keselamatan diri, selain memupuk rasa cinta terhadap budaya membaca dalam kalangan generasi muda,” katanya.

Turut hadir Guru Besar SK Nanga Kesit, Huong Hong, Setiausaha MDLA, Ting Tiew Lik, wakil dari Pustaka Negeri, NREB Betong, Balai Bomba dan Penyelamat Betong, Ahli-Ahli Majlis MDLA serta murid-murid Tahun Dua hingga Tahun Enam SK Nanga Kesit.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah'

Continue Reading

Previous: Gangguan bekalan air akibat paip pecah di kawasan Jalan Alwi
Next: Bekalan air terganggu esok di Asajaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.