Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 120 kes kebakaran rumah panjang sejak 2015
  • TEMPATAN

120 kes kebakaran rumah panjang sejak 2015

Utusan Sarawak 5 years ago
PENGARAH JBPM Khirudin Drahman menunjukan carta statistik kebakaran di Sarawak kepada para wartawan semasa Mengadakan Sidang Media Penjelasan Isu Kebakaran Rumah Panjang di Bilik Seminar, Ibu Pejabat JBPM Sarawak,Kuching semalam. • Foto:ANDRE OLIVEIRO.

KUCHING: sebanyak 120 kes kebakaran melibatkan rumah panjang di Sarawak direkodkan sepanjang tempoh tahun 2015 hingga 31 Julai 2020.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak berkata, Khirudin Drahman@Hussaini, zon Sibu mencatatkan jumlah panggilan kebakaran paling banyak iaitu sebanyak 38 panggilan manakala zon Kuching tidak menerima sebarang kebakaran.

“Balai Bomba dan Penyelamat Marudi mencatatkan jumlah panggilan tertinggi iaitu sebanyak 17 panggilan kebakaran rumah panjang bagi tempoh lima tahun kebelakangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai mengenai Penjelasan Isu Kebakaran Rumah Panjang di Bilik Seminar Ibu Pejabat JBPM Sarawak, semalam.

Tambahnya, sepanjang tempoh sebanyak 1, 074 pintu (40.9 peratus) yang terdapat dalam rumah panjang tersebut berjaya diselamatkan sementara 1,554 pintu lagi musnah terbakar.

“Anggaran kerugian yang dialami adalah sebanyak RM95,696,622 bersamaan 58 peratus manakala anggaran harta diselamatkan adalah sebanyak RM67,887,395 (42%)


“Tempoh waktu kejadian kebakaran rumah panjang yang tertinggi adalah antara jam 6.00 pagi 12.00 tengah hari iaitu sebanyak 37 peratus,” ujarnya.

Jelasnya, sepanjang tahun 2015 hingga 31 Julai 2020, punca kebakaran yang tertinggi adalah disebabkan oleh kegagalan elektrik iaitu sebanyak 45 peratus.

“Pelbagai langkah proaktif telah diambil dan sedang dipergiatkan oleh pihak jabatan termasuklah memperkasakan konsep 5E iaitu Pendidikan, Kejuruteraan, Pasukan Tindakan Kecemasan, Penguatkuasaan dan Insentif Ekonomi melalui pendekatan ‘total fire cover’ bagi mencegah serta mengurangkan kes kebakaran rumah panjang di negeri ini,” katanya.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: Tanjong Datu sedia hadapi pilihan raya
Next: Jambatan Batang Paloh bukan janji kosong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.