Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 12 terbunuh hujan lebat landa selatan India
  • GLOBAL

12 terbunuh hujan lebat landa selatan India

Utusan Sarawak 9 months ago

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh selepas hujan lebat melanda Andhra Pradesh dan Telangana di selatan India, kata pegawai pada Ahad, lapor Xinhua.

Sembilan orang terbunuh di Andhra Pradesh manakala tiga kematian dilaporkan di Telangana, yang berjiran.

Hujan lebat melanda bandar Vijayawada dan Guntur di Andhra Pradesh pada Sabtu, menyebabkan beberapa kawasan perumahan dilanda banjir. 

Hujan melanda beberapa bahagian di negeri itu akibat tekanan rendah di Teluk Bengal, yang melintasi pantai di Kalingapatnam pada awal pagi Ahad.

Lima orang maut dan empat cedera dalam kejadian tanah runtuh di Moghalrajpuram di Vijayawada pada Sabtu.

Seorang wanita warga emas terbunuh selepas batu besar menimpa sebuah rumah di Gandalayyapeta, Mangalagiri di daerah Guntur. 

Dalam satu lagi kejadian, tiga orang terkorban selepas kereta mereka dihanyutkan dalam banjir kilat di kampung Uppalapadu berhampiran bandar Guntur.

Menurut pegawai, anggota polis, Pasukan Tindak Balas Bencana Negeri dan Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan menjalankan usaha menyelamat. 

Ramai penduduk dari kawasan rendah dipindahkan ke lokasi yang lebih selamat, dan kira-kira 80 orang diselamatkan dari pelbagai tempat.  

— BERNAMA-XINHUA

Gambar

Hujan lebat melanda bandar Vijayawada dan Guntur di Andhra Pradesh menyebabkan beberapa kawasan perumahan dilanda banjir pada Sabtu 

Continue Reading

Previous: Rusia: 17 mayat mangsa nahas helikopter terhempas ditemukan
Next: Ancaman bom, penerbangan domestik India dilencongkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.