Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 12 maut, jambatan dalam pembinaan di China runtuh
  • GLOBAL

12 maut, jambatan dalam pembinaan di China runtuh

Utusan Sarawak 4 hours ago

Punca runtuhnya jambatan di Kereta Api Sichuan-Qinghai adalah kegagalan kabel keluli, kata agensi berita Xinhua. - Foto Xinhua

BEIJING: Seramai 12 orang terbunuh dan empat lagi hilang selepas sebahagian daripada jambatan yang sedang dalam pembinaan di barat laut China, runtuh semalam, lapor media kerajaan.

Sebuah video yang disiarkan oleh penyiar negara, CCTV menunjukkan bahagian tengah lengkung jambatan itu tiba-tiba runtuh dan menjunam ke dalam Sungai Kuning di bawahnya.

Agensi berita Xinhua melaporkan, punca kejadian adalah kegagalan kabel keluli.

Akhbar People’s Daily berkata, seramai 15 pekerja dan seorang pengurus projek berada di tapak kejadian ketika insiden.

“12 orang disahkan meninggal dunia dan empat orang lagi masih hilang,” lapor CCTV.

Menurut People’s Daily, jambatan di Laluan Kereta Api Sichuan-Qinghai itu adalah jambatan lengkung kekuda keluli berterusan berkembar dua landasan dengan bentangan terbesar di dunia.

Laporan itu menambah, ia juga adalah jambatan gerbang kekuda keluli kereta api pertama di China yang merentangi Sungai Kuning iaitu sungai kedua terpanjang di negara itu.

Imej yang disiarkan oleh media kerajaan menunjukkan jambatan yang sebahagiannya siap dibina dengan bahagian tengahnya hilang serta dua menara perancah gergasi dan beberapa kren di sisinya.

Xinhua melaporkan, ratusan penyelamat digerakkan untuk operasi mencari dan menyelamat.

Kemalangan industri sering berlaku di China disebabkan oleh peraturan yang tidak jelas dan piawaian keselamatan yang longgar.

Disember tahun lalu, 13 orang hilang selepas berlaku runtuhan di tapak pembinaan sebuah landasan kereta api utama di bandar Shenzhen, selatan China tanpa sebarang laporan mengenai mangsa yang selamat. – AFP

Continue Reading

Previous: Myanmar tumpaskan rangkaian dadah maritim ke Malaysia, rampas 17 juta pil perangsang
Next: Dua wilayah di selatan China bersiap sedia hadapi Taufan Kajiki

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.