Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 12 maut akibat wabak kolera
  • GLOBAL

12 maut akibat wabak kolera

Utusan Sarawak 4 years ago
NIGERIA juga mengalami wabak kolera sehingga mengorbankan sekurang- kurangnya 653 penduduk di 22 daripada 36 wilayah sejak Mac lalu. • Foto AFP

NIAMEY: Wabak kolera di selatan Niger mengakibatkan 12 orang maut dan menjangkiti 201 yang lain di tiga wilayah.

Menteri Kesihatan, Idi Illiassou Mainassara berkata, hujan lebat di kawasan itu juga memburukkan lagi penyebaran penyakit tersebut.

Dilaporkan, Nigeria juga mengalami wabak kolera sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 653 penduduk di 22 daripada 36 wilayah sejak Mac lalu.

Pihak berkuasa kesihatan di Niger percaya wabak di kedua-dua negara itu mempunyai kaitan.

“Sebahagian besar kes berkaitan dengan wabak selama beberapa bulan di kawasan yang mana terdapat campuran populasi rentas sempadan yang ketara,” kata Mainassara dalam kenyataan.

Jelasnya, wabak kolera sebelum ini di Niger berlaku di wilayah yang sama pada tahun 2018.

Sempadan Niger dengan Nigeria merupakan lokasi panas bagi wabak kolera yang mana penduduknya sering bergerak bebas antara kedua-dua negara dengan sekatan yang minimum. – AFP

Continue Reading

Previous: Greece diancam gelombang haba
Next: Lapangan Terbang Hamad Doha terbaik dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.