Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 12 kanak-kanak sertai aktiviti mewarna bertema alam sekitar anjuran BDA Jepak
  • Utara
  • WILAYAH

12 kanak-kanak sertai aktiviti mewarna bertema alam sekitar anjuran BDA Jepak

Utusan Sarawak 20 hours ago
PESERTA cilik tekun mewarna sambil mempelajari mesej kepentingan menjaga alam sekitar dalam aktiviti bertemakan ‘Sayangilah Bumi Kita’ di Perpustakaan Awam BDA Cawangan Jepak.
– Foto Perpustakaan Awam BDA

BINTULU: Seramai 12 kanak-kanak menyertai aktiviti mewarna bertemakan ‘Sayangilah Bumi Kita’ anjuran Perpustakaan Awam Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Cawangan Jepak di sini, semalam.

Menurut kenyataan Perpustakaan Awam BDA, aktiviti tersebut bukan sahaja memberi ruang kepada kanak-kanak untuk menyerlahkan kreativiti tetapi juga menyampaikan mesej penting tentang kepentingan menjaga alam sekitar sejak usia muda.

“Pendedahan awal seperti ini dapat memupuk sikap prihatin terhadap alam sekitar melalui kaedah pembelajaran tidak formal dan menyeronokkan,” kata kenyataan itu.

Aktiviti seumpama itu juga selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya SDG 4: Pendidikan Berkualiti dan menyokong usaha mendidik generasi muda tentang kelestarian dan tanggungjawab sosial.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kempen derma darah, pemeriksaan mata percuma di Park City Mall 25 Mei ini
Next: MPHLG komited selesai isu perumahan sakit di Matang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.