Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 12 juta pengguna nikmati akses 5G menjelang akhir tahun
  • NASIONAL

12 juta pengguna nikmati akses 5G menjelang akhir tahun

Utusan Sarawak 3 years ago

Penyandang kerusi Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa pada sidang media hari ini.

Annuar berkata beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan kedudukan sama ada beliau akan dicalonkan bagi bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau turut mengesahkan setakat ini belum menerima surat atau sebarang jemputan berkaitan majlis pengumuman calon Barisan Nasional (BN) yang akan diadakan malam ini. FotoBERNAMA

KOTA BHARU: Kira-kira 12 juta pengguna bakal menikmati perkhidmatan rangkaian 5G menjelang akhir tahun ini susulan lima daripada enam penyedia perkhidmatan telekomunikasi telah menandatangani Perjanjian Akses (AA) dengan Digital Nasional Bhd (DNB), semalam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, lima syarikat tersebut ialah Celcom Networks Sdn Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile Sdn Bhd, YTL Communications dan Telekom Malaysia Bhd (TM).

Katanya menerusi perjanjian itu, syarikat terlibat akan menyediakan perkhidmatan 5G di negara ini.

“Alhamdulillah lima daripada enam syarikat telekomunikasi telah pun menandatangani AA. Perjanjian ini membolehkan akses 5G akan diperoleh dalam kadar masa segera.

“Menerusi perjanjian ini dijangka 12 juta pengguna telefon akan ada akses 5G menjelang akhir tahun ini,” katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.

Annuar berkata, penyediaan prasarana atau menara 5G di seluruh negara kini berada pada tahap 33.2 peratus. – Bernama

Continue Reading

Previous: Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Ketua Eksekutif Perkeso
Next: JBPM periksa percetakan kertas undi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.