Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 12 anggota BBP Limbang, Lawas sertai pertandingan Kawad Kecekapan Zon 7
  • Utara
  • WILAYAH

12 anggota BBP Limbang, Lawas sertai pertandingan Kawad Kecekapan Zon 7

Utusan Sarawak 6 hours ago
TAKLIMAT… Ramlan Marajan memberikan taklimat sebelum memulakan pertandingan.

LIMBANG: Seramai 12 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang dan BBP Lawas menyertai Pertandingan Kawad Kecekapan Peringkat Zon 7 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak.

Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang, Ramlan Marajan berkata pertandingan tersebut telah dihakimi oleh jurulatih bertauliah Zon 7 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak.

KECERGASAN TERTINGGI… Anggota beraksi pada Pertandingan Kawad Kecekapan Peringkat Zon 7. 

Katanya, antara acara yang dipertandingkan ialah ujian kecergasan berperingkat,  ujian keberanian dan kemahiran keseimbangan peralatan kebombaan, selain turut dilaksanakan Ujian Kecekapan Bomba (UKB) bagi Pegawai Kanan Zon 7.

“Objektif program adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan anggota dalam operasi penyelamatan dan pemadaman.

“Selain itu, juga untuk memupuk semangat kerjasama dan pemilihan anggota bomba yang akan mewakili Zon 7 ke peringkat seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut hadir Ketua BBP Lawas Clarance D Primus Tiandun.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pembinaan Perkim Cawangan Lawas hampir selesai, siap Jun tahun ini
Next: Penguatkuasaan peniaga buah bermusim dilaksana secara adil – Dato Wee

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.