Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 119 peserta sertai ceramah keselamatan kebakaran di SK Ulu Pedanum
  • Tengah
  • WILAYAH

119 peserta sertai ceramah keselamatan kebakaran di SK Ulu Pedanum

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANTARA pengisian program pihak bomba bersama warga SK Ulu Pedanum. Foto BBP Bintangor

PAKAN: Seramai 119 peserta terdiri daripada murid, guru dan ibu bapa menyertai ceramah keselamatan kebakaran dan demonstrasi pengendalian kecemasan di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Pedanum, baru-baru ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata program tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran serta kefahaman warga sekolah mengenai langkah pencegahan kebakaran dan tindakan awal yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan.

“Program ini penting bagi memberi pendedahan awal kepada murid, guru dan ibu bapa mengenai tatacara keselamatan kebakaran supaya mereka lebih bersedia menghadapi sebarang kecemasan.

ANTARA pengisian program pihak bomba bersama warga SK Ulu Pedanum. Foto BBP Bintangor

“Program yang berlangsung dari 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari tersebut melibatkan penyertaan 57 murid, 19 guru dan 20 ibu bapa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, turut terlibat ialah 17 anggota polis, tiga wakil Kementerian Pendidikan (KPM) dan tiga wakil Kementerian Kesihatan (KKM) sebagai rakan strategik dalam menjayakan aktiviti.

“Antara pengisian utama program termasuk demonstrasi pengendalian kebakaran dapur dan latihan pemadaman kebakaran menggunakan alat pemadam api (APA).

“Selain itu, peserta turut didedahkan dengan pameran peralatan kebombaan bagi meningkatkan kefahaman mengenai fungsi dan peranan pasukan bomba dalam menangani situasi kecemasan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: JAKKSA santuni keluarga Christ, rayu bantuan kos rawatan ke Singapura
Next: Pemuda PBB Kabong perkukuh jentera akar umbi hadapi cabaran politik semasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.