Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 1,189 kematian akibat banjir Sumatera direkodkan setakat 12 Januari – BNPB
  • GLOBAL

1,189 kematian akibat banjir Sumatera direkodkan setakat 12 Januari – BNPB

Utusan Sarawak 5 hours ago
KESAN banjir dan tanah runtuh di beberapa wilayah di Sumatera yang mengorbankan sekurang-kurangnya 1,189 orang, selain menyebabkan lebih 195,000 penduduk kehilangan tempat tinggal, menurut data BNPB setakat 12 Januari. Foto Agensi

JAKARTA: Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia (BNPB)  merekodkan sebanyak 1,189 kematian akibat banjir dan tanah runtuh di wilayah Aceh, Sumatera Utara serta Sumatera Barat, berdasarkan data terkini setakat Isnin, 12 Januari, lapor Agensi Berita ANTARA.

Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana BNPB, Abdul Muhari pada Rabu berkata, jumlah korban itu merangkumi 550 kematian di Aceh, 375 di Sumatera Utara dan 231 di Sumatera Barat, manakala 33 lagi mangsa masih dalam proses pengecaman.

Agensi itu turut mencatatkan 141 orang hilang dan 195,542 penduduk hilang tempat tinggal, dengan Daerah Aceh Utara melaporkan jumlah pemindahan tertinggi iaitu seramai 67,876 orang.

Selain mengemas kini data impak semasa tempoh tindak balas kecemasan, Muhari berkata kerajaan telah melanjutkan status darurat di enam daerah di Wilayah Aceh.

Beliau berkata kerajaan juga sedang mempercepatkan usaha pemulihan semasa fasa peralihan kecemasan di berpuluh-puluh daerah dan bandar di seluruh Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat.

Semasa fasa pemulihan, agensi pengurusan bencana itu mengutamakan pemulihan infrastruktur penting, terutamanya pembinaan 270 jambatan Bailey di ketiga-tiga wilayah terbabit.

“Setakat ini, 20 jambatan telah dipasang, manakala 10 lagi sedang dalam pembinaan,” kata Muhari.

Beliau menyatakan bahawa kerajaan juga telah mengerahkan 117 jambatan Aramco di Aceh bagi mempercepatkan pemulihan akses ke kawasan terpencil. Satu daripada struktur yang telah siap ialah Jambatan Bailey Jamur Ujung di laluan Bireuen – Takengon, yang kini boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.

Sementara itu, pembinaan Jambatan Krueng Pelang di Aceh Tengah telah mencapai 80 peratus siap. Usaha pemulihan turut merangkumi normalisasi sungai dan pembersihan kemudahan awam yang dijalankan oleh tentera Indonesia, Polis Nasional dan pihak berkuasa tempatan.

Agensi itu juga sedang mempergiatkan operasi pengubahsuaian cuaca (OMC) bagi mengurangkan risiko cuaca ekstrem yang boleh mengganggu usaha pemulihan. Setakat Isnin (12 Jan), pembenihan awan terkumpul telah mencecah 1,150 sorti di Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat.- Bernama-ANTARA

Continue Reading

Previous: Sekurang-kurangnya 22 maut, 55 cedera selepas kereta api rempuh kren tumbang di Thailand
Next: 2025 tahun ketiga terpanas dalam rekod – Agensi Iklim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.