Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 118 warga SK Sungai Pasir sertai latihan keselamatan APM
  • Selatan
  • WILAYAH

118 warga SK Sungai Pasir sertai latihan keselamatan APM

Utusan Sarawak 3 weeks ago
LATIHAN Orang Awam anjuran APM Daerah Saratok di SK Sungai Pasir, di sini, hari ini. Foto: APM Daerah Saratok

ROBAN: Seramai 118 peserta terdiri daripada murid, guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Pasir telah menyertai Latihan Orang Awam yang dianjurkan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok, di sini, hari ini.

Latihan interaktif yang diketuai Pegawai APM Daerah, Leftenan Nur Athirah Batu itu bertujuan memperkasakan pengetahuan asas keselamatan dan kemahiran menyelamat dalam kalangan warga sekolah.

Empat modul utama turut dikongsikan meliputi pertolongan cemas, teknik luka dan balutan kaedah resusitasi kardiopulmonari (CPR) serta tatacara pengendalian haiwan berbisa.

Menurut Leftenan Nur Athirah, pendedahan awal seperti ini amat penting untuk memastikan murid dan guru sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi kecemasan.

“Dengan pengetahuan asas seperti CPR dan pertolongan cemas, mereka boleh membantu menyelamatkan nyawa sebelum bantuan perubatan tiba,” katanya.

Latihan tersebut turut merangkumi sesi praktikal secara langsung bagi membolehkan peserta mengaplikasikan sendiri teknik yang dipelajari.

Pihak sekolah turut menzahirkan penghargaan kepada APM Saratok atas inisiatif murni ini yang bukan sahaja meningkatkan kesedaran keselamatan dalam kalangan warga sekolah, malah memberi pengalaman pembelajaran yang amat bermakna kepada para murid.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 42 peserta Kampung Babu Hilir hadiri kursus hidroponik
Next: RM30 juta naik taraf dua laluan utama di Krian diluluskan BDDA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.