Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 1,114 peserta DUN Nangka lulus lesen B2 menerusi program MyLesen
  • Tengah
  • WILAYAH

1,114 peserta DUN Nangka lulus lesen B2 menerusi program MyLesen

Utusan Sarawak 7 days ago
TAHNIAH…Nor Azlan Ibrahim dan Sayed Azmi Wan Junaidi (dari kanan) merakam kenangan bersama seorang peserta yang memenangi cabutan bertuah berupa sebuah motosikal.

SIBU: Seramai 1,114 peserta dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka berjaya memperoleh lesen memandu Kelas B2 menerusi Program Bantuan Lesen Memandu (MyLesen) yang dilaksanakan bagi membantu golongan belia dan B40.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, pelaksanaan program itu bukan sahaja membuka peluang kepada belia untuk mendapatkan lesen secara sah dan selamat, malah dapat melahirkan pemandu yang berdisiplin dan bertanggungjawab.

SAYED Azmi Wan Junaidi (dua kanan) menyerahkan replika lesen PDL kepada seorang peserta paling veteran perempuan yang berumur 64 tahun.


“Program Bantuan Lesen Memandu Kelas B2 (MyLesen) peringkat DUN Nangka ini melibatkan seramai 1,114 peserta yang telah berjaya mendapatkan lesen selepas melalui proses tapisan, ujian dan latihan yang ditetapkan oleh pihak JPJ.

“Program ini merupakan satu langkah penting dan strategik kerana ia bukan sahaja memberi manfaat kepada individu, tetapi juga menyumbang kepada keselamatan serta kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Setiausaha Politik Premier Sarawak, Sayed Azmi Wan Junaidi selaku mewakilinya pada Majlis Penutupan Rasmi Program Bantuan Lesen Memandu (BLM) MyLesen di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, di sini, hari ini.

Dr Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka turut mengingatkan penerima lesen agar memanfaatkan kemudahan ini dengan sebaiknya, selaras dengan usaha kerajaan menyediakan sistem perhubungan dan infrastruktur jalan raya yang moden dan selamat.

SAYED Azmi Wan Junaidi (duduk tengah) merakam kenangan bersama peserta daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka yang berjaya memperoleh lesen memandu Kelas B2 menerusi Program Bantuan Lesen Memandu (MyLesen).

“Sekiranya masih ada pengguna jalan raya yang memandang remeh aspek keselamatan dan tidak mengamalkan pemanduan beretika, maka segala kempen serta inisiatif kerajaan seperti program MyLesen ini tidak akan mencapai matlamat yang diharapkan,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, Nor Azlan Ibrahim, menasihati peserta agar tidak menyalahgunakan lesen yang diperoleh dengan kelakuan berbahaya di jalan raya.

“Mendapat lesen memandu bukan bermaksud anda bebas memulas minyak sesuka hati. Lesen ini adalah amanah dan simbol kepercayaan yang diberikan oleh negara kepada anda.

“Lesen bukan tiket untuk jadi raja jalanan, bukan lampu hijau untuk berlumba haram, dan bukan alasan untuk menunggang motosikal yang diubah suai secara haram atau tanpa cukai jalan,” tegasnya.

Nor Azlan turut mengingatkan bahawa berdasarkan data Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), negara mencatatkan kira-kira 6,000 kematian akibat nahas jalan raya setiap tahun, bersamaan 19 hingga 20 kematian setiap hari.

Justeru, beliau menggesa agar penerima lesen baharu memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya demi masa depan yang lebih baik.

“Gunakan lesen untuk membawa ibu bapa ke klinik, bukan menghantar diri sendiri ke hospital akibat kemalangan. Jadilah penunggang yang berhemah, bukan penunggang yang dihina,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 150 sukarelawan sertai NSJA bersihkan Pantai Brighton
Next: Eksklusif: Musim buah Dabai sudah bermula di Pasar Sentral Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.