Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 1,100kg durian tanpa permit dirampas di CIQ Merapok
  • JENAYAH

1,100kg durian tanpa permit dirampas di CIQ Merapok

Utusan Sarawak 3 weeks ago
RAMPASAN DURIAN… Longgokan durian dari Lawas dirampas kerana gagal mematuhi peraturan akta berkaitan pertanian dan kuarantin tumbuhan Sabah.

LAWAS: Jabatan Pertanian Sabah telah merampas sebanyak 1,100 kilogram (kg) buah durian yang cuba dibawa masuk ke Sabah melalui Pos Sempadan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Merapok di sini, baru-baru ini.

Rampasan tersebut dilakukan hasil pemeriksaan dan pemantauan berterusan oleh jabatan berkenaan di pos sempadan itu.

Menurut kenyataan Jabatan Pertanian Sabah hari ini, tindakan rampasan diambil terhadap buah durian yang dibawa masuk tanpa kebenaran sah melalui laluan sempadan negeri bagi menguatkuasakan peruntukan undang-undang di bawah akta berkaitan pertanian dan kuarantin tumbuhan yang sedang berkuat kuasa.

“Rampasan ini dijalankan hasil pemeriksaan dan pemantauan berterusan oleh pegawai penguat kuasa Jabatan Pertanian Sabah dengan kerjasama agensi lain seperti Jabatan Sukarelawan (RELA) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) di pintu masuk negeri, khususnya di kawasan berisiko tinggi.

“Buah durian yang dirampas didapati tidak mempunyai permit import, sijil fitosanitasi, serta gagal mematuhi syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

RAMPASAN DURIAN… Longgokan durian dari Lawas dirampas kerana gagal mematuhi peraturan akta berkaitan pertanian dan kuarantin tumbuhan Sabah.

Jabatan Pertanian Sabah memaklumkan bahawa penguatkuasaan ini bertujuan mencegah kemasukan perosak dan penyakit tumbuhan yang boleh menjejaskan industri pertanian tempatan, di samping melindungi kepentingan petani serta kestabilan pasaran dalam negeri.

Selain itu, kemasukan buah-buahan tanpa kawalan juga berpotensi menjejaskan keselamatan makanan dan ekonomi sektor pertanian di Sabah dan Sarawak.

Sehubungan itu, pihak jabatan menegaskan bahawa tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang ingkar terhadap peraturan serta akta yang telah ditetapkan.

Orang awam dan pengusaha perdagangan dinasihatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang serta mendapatkan permit yang sah sebelum membawa masuk sebarang hasil pertanian merentasi sempadan negeri.

Penguatkuasaan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai komitmen Jabatan Pertanian dalam memastikan kawalan biosekuriti yang berkesan serta menjamin kelestarian sektor pertanian negara.

Orang awam juga disarankan untuk mendapatkan khidmat nasihat terlebih dahulu atau merujuk kepada Jabatan Pertanian yang berdekatan sekiranya ingin membawa masuk buah durian antara kedua-dua negeri.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: SPRM sita RM11.4 juta aset milik bekas Panglima Tentera Darat
Next: Pergaduhan di hotel, lelaki warga asing maut di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.