Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 110 projek BDDA pacu pembangunan Kabong, 39 projek siap sepenuhnya
  • Tengah
  • WILAYAH

110 projek BDDA pacu pembangunan Kabong, 39 projek siap sepenuhnya

Utusan Sarawak 11 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir semasa Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Pemandu BDDA yang dipengerusikan oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Bilik Mesyuarat Utama, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, semalam. Foto: ADUN Kabong

PETRA JAYA: Sebanyak 110 projek pembangunan telah direkodkan di bawah inisiatif Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong, dengan 39 daripadanya telah siap sepenuhnya setakat Jun tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, daripada jumlah keseluruhan projek tersebut, tujuh projek berada mengikut jadual, dua projek mendahului jadual, 61 projek masih dalam perancangan dan hanya satu projek dikategorikan sebagai lewat jadual kritikal.

Menurut beliau, pencapaian itu menunjukkan pelaksanaan projek pembangunan di DUN Kabong terus bergerak mengikut perancangan yang ditetapkan, dengan sebahagian besar projek sama ada telah disiapkan atau sedang dilaksanakan.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Pemandu BDDA yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, semalam.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemandu BDDA.

Dalam mesyuarat tersebut, Urusetia BDDA turut membentangkan laporan prestasi keseluruhan projek pembangunan di bawah agensi itu bagi Bahagian Betong sehingga Jun 2026.

Laporan berkenaan menunjukkan sebanyak 494 projek telah diluluskan di seluruh Bahagian Betong dengan nilai keseluruhan projek mencecah RM1.48 bilion.

Daripada jumlah itu, 146 projek telah siap sepenuhnya, manakala 106 projek berada mengikut jadual dan sembilan projek mendahului jadual pelaksanaan. Hanya sebilangan kecil projek direkodkan berada dalam kategori lewat jadual.

Bagi 2026, jumlah peruntukan yang telah dimasukkan oleh agensi pelaksana adalah sebanyak RM215.46 juta, dengan perbelanjaan setakat Jun 2026 berjumlah RM21.63 juta.

Mesyuarat tersebut turut menjadi platform penting untuk menilai kemajuan projek, mengenal pasti cabaran pelaksanaan serta menyelaras tindakan antara agensi pelaksana bagi memastikan semua projek pembangunan di bawah BDDA dapat dilaksanakan secara lebih berkesan demi manfaat rakyat di Bahagian Betong.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kestabilan politik kunci kemajuan dan kesejahteraan rakyat – Doris Sophia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.