Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 110 penjawat awam Limbang terima Pingat Perkhidmatan Setia
  • TEMPATAN

110 penjawat awam Limbang terima Pingat Perkhidmatan Setia

Utusan Sarawak 8 hours ago
TAHNIAH… (tengah) Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan Pingat Perkhidmatan Setia bagi Bahagian Limbang kepada Residen Bahagian Limbang, Unus Tambi. Foto UKAS

LIMBANG: Seramai 110 penerima daripada 13 Jabatan atau Agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri menerima Pingat Perkhidmatan Setia bagi Bahagian Limbang hari ini.

Majlis penyampaian pingat yang diadakan di Purnama Hotel disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Daripada keseluruhan 13 jabatan atau agensi yang terlibat, sembilan di bawah kerajaan negeri, manakala selebihnya di bawah Persekutuan.

Residen Bahagian Limbang, Unus Tambi mengetuai senarai penerima Pingat Perkhidmatan Setia tahun ini selepas berkhidmat dengan penuh dedikasi dan taat setia selama 33 tahun.

TIMBALAN Residen Bahagian Limbang, Maria Cotilla Louise@Rozita Kulai turut menerima Pingat Perkhidmatan Setia daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto UKAS

Penerima diikuti Timbalan Residen Bahagian Limbang, Maria Cotilla Louise@Rozita Kulai yang berkhidmat selama 33 tahun.

Sementara itu, bekas Ketua Imigresen Bahagian Limbang, Khaltom Ahmad merupakan penerima yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi paling lama iaitu selama 37 tahun.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan tetamu kenamaan lain.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Majlis Aidilfitri Samarahan meriah, santuni asnaf
Next: Keharmonian Sarawak wujudkan ekosistem pembangunan mampan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.