Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 110 kanak-kanak diraikan menerusi Program Sinaran Raya 2026
  • SEMASA

110 kanak-kanak diraikan menerusi Program Sinaran Raya 2026

Utusan Sarawak 5 hours ago
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof bersama Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali beramah mesra bersama kanak-kanak ketika Program Sinaran Raya 2026 Samariang di sebuah pusat membeli-belah di sini hari ini. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Seramai 110 anak yatim dan kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan di kawasan Samariang diraikan menerusi Program Sinaran Raya 2026 bagi membeli kelengkapan Hari Raya di sebuah pusat membeli-belah di sini, hari ini.

Program anjuran Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Samariang itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Amar Fadillah Yusof. 

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, setiap kanak-kanak menerima peruntukan RM200 untuk membeli pakaian dan keperluan Aidilfitri menerusi Program Sinaran Raya 2026 yang diadakan sempena Ramadan.

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof bersama Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali beramah mesra bersama kanak-kanak ketika Program Sinaran Raya 2026 Samariang di sebuah pusat membeli-belah di sini hari ini. Foto Adele Rissa 

“Program kebajikan tahunan ini bertujuan berkongsi kegembiraan dengan golongan kanak-kanak yang memerlukan agar mereka turut merasai kemeriahan persiapan Hari Raya.

“Program ini telah lama dilaksanakan dan menjadi antara aktiviti yang sentiasa dinantikan setiap tahun. Ia mencerminkan keprihatinan Pergerakan Pemuda PBB serta parti di peringkat cawangan terhadap kebajikan masyarakat, khususnya kanak-kanak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program berkenaan di sini hari ini. 

“Program Sinaran Raya telah dianjurkan selama 21 tahun termasuk sebelum beliau menjadi wakil rakyat kawasan berkenaan,” tambahnya. 

ZUZANA Dorhani (kanan), 47, dari Kampung Semerah Padi melahirkan kegembiraan menerima bantuan baharu menerusi Program Sinaran Raya 2026 Samariang. Foto Adele Rissa 

Antara yang diraikan, Zuzana Dorhani, 47, dari Kampung Semerah Padi berkata, program berkenaan bagus dan berharap ia dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang. 

Beliau menambah, persiapan Aidilfitri dilakukan secara sederhana terutama bagi pakaian bagi mengurangkan beban keluarga.

JULIEE Sofina Sokimi (kanan), 52, dari Astana Petra Jaya tersenyum gembira ketika menerima bantuan Aidilfitri daripada Program Sinaran Raya 2026. Foto Adele Rissa 

Juliee Sofina Sokimi, 52, dari Petra Jaya pula melahirkan kegembiraan menerima bantuan itu kerana ia bukan sahaja membantu kanak-kanak, malah meringankan beban ibu bapa. 

Beliau menyatakan keluarganya menyambut Aidilfitri secara sederhana mengikut keadaan peribadi, dan berharap program itu dapat diteruskan pada masa akan datang. 

Oleh Adele Rissa

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Penerima bantuan diminta tidak jual semula sumbangan – PRIM
Next: Majlis Sungkey PIBG dan Alumni SK Agama MIS Sri Aman eratkan ukhuwah Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.