Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 11 Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak dilantik semula
  • SEMASA

11 Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak dilantik semula

Utusan Sarawak 6 hours ago
SERAMAI 11 individu telah mengangkat sumpah bagi pelantikan semula sebagai Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Seramai 11 individu telah mengangkat sumpah bagi pelantikan semula sebagai Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Majlis angkat sumpah tersebut disaksikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pelantikan semula ini merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan dan peranan penting mereka dalam menyokong kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta memperkukuh jentera politik dan pentadbiran kerajaan negeri di peringkat akar umbi.

Mereka yang dilantik semula ialah Abang Abdul Aziz Abang Draup, Roseline Mapong Sabai, Bell Aggan@Bell Bernard Aggan dan Paulus Dandee Banyan masing-masing daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Empat lagi dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) iaitu Kho Teck Wan, Kua Jack Seng, Angellie Stephen Raja dan William Anut manakala dua lagi dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) iaitu Rosaline Neging dan Pandang Semat dan Sam Laya dari Parti Demokratik Progresif (PDP).

Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak berperanan sebagai penghubung penting antara kerajaan dan rakyat, khususnya dalam menyampaikan dasar, menjelaskan inisiatif pembangunan negeri, serta memastikan penyertaan aktif masyarakat dalam agenda transformasi Sarawak.

Pelantikan ini dijangka dapat terus memperkukuh komitmen kerajaan negeri dalam memastikan kestabilan politik, kesejahteraan rakyat dan kemajuan berterusan menjelang visi Sarawak sebagai negeri maju menjelang 2030.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin dan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai.

Hadir sama Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Negeri Datuk Majang Renggi, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Penguang Manggil, Timbalan Menteri Pengangkutan (Udara dan Jalan) Datuk Dr Jerip Susil, Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Dato Henry Harry Jinep, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera), Datuk Jefferson Jamit Unyat, Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Dato Fazzrudin Abdul Rahman dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: RON95 subsidy rationalisation must reflect Sarawak’s realities, says DAPSY Sarawak Treasurer Wong King Yii
Next: DUN Sarawak lulus RUU untuk tambah 17 kerusi DUN, kepada 99

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.