DARO: Sebanyak 11 projek dianggarkan bernilai RM340 juta dibiayai sepenuhnya kerajaan Sarawak bakal menyelesaikan masalah bekalan air di daerah Daro.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata ia bagi menaik taraf infrastruktur dan juga sistem bekalan air.
“Kerajaan kita sangat prihatin kerana membelanjakan peruntukan yang besar bagi kemudahan rakyat di Daro ini,” katanya.
Beliau berkata demikian
pada majlis perasmian menaiktaraf Sistem Bekalan Air Daro oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di sini hari ini.
Hadir sama calon GPS Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi.
Safiee berkata berkata tiga projek rakyat yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak dianggarkan bernilai RM13.8 juta telah siap.
“Ia berjaya menangani beberapa isu bekalan air di beberapa kawasan di sini.
“Empat projek dianggarkan bernilai RM39 juta masih dalam peringkat pembinaan dan menunjukkan prestasi kerja memberangsangkan walaupun sebelum ini menghadapi cabaran pelaksanaan berikutan penularan pandemik Covid-19,” katanya.