Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 11 perisik terbunuh dalam serangan pemberontak
  • GLOBAL

11 perisik terbunuh dalam serangan pemberontak

Utusan Sarawak 5 years ago
SERANGAN yang didakwa dilancarkan Taliban itu turut merosakkan beberapa bangunan berdekatan.• Foto AFP

SAMANGAN: Sekurang-kurangnya 11 anggota agensi perisikan Afghanistan maut pada Isnin dalam serangan yang dilancarkan pemberontak Taliban di Aybak, ibu kota wilayah Samangan.

Jurucakap Gabenor Samangan, Sediq Azizi berkata, serangan terhadap sebuah pusat perisikan itu bermula dengan pengeboman bunuh diri, turut mencederakan 63 orang awam.

“Seorang pengebom bunuh diri menyerang kawasan itu, diikuti dua pemberontak yang melepaskan tembakan dan kedua-duanya terbunuh dalam pertempuran.

“Letupan pengeboman awal dapat didengar sejauh beberapa kilometer, turut merosakkan beberapa bangunan berdekatan,” katanya pada Isnin.

Sediq berkata, Taliban mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Katanya, pemberontak menyasarkan pasukan keselamatan meskipun telah menandatangani perjanjian damai dengan Amerika Syarikat pada Februari lalu.-AFP

Continue Reading

Previous: Andrzej Duda berjaya pertahan jawatan
Next: Vietnam kini catat 16 kes positif Covid-19

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.