Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 11 pelajar UUM anjur aktiviti di rumah panjang Tuai Rumah Garing
  • WILAYAH

11 pelajar UUM anjur aktiviti di rumah panjang Tuai Rumah Garing

Utusan Sarawak 11 months ago
UNTUK ALBUM… Kamarau (duduk, empat kiri) bersama pelajar UUM yang lain merakam kenangan bersama penduduk rumah panjang Tuai Rumah Garing, baru-baru ini.
 

SONG: Seramai 11 pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam, Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Utara Malaysia (PACE UUM), Kampus Cawangan Sibu, Sarawak telah menganjurkan Program UUM Tabur Budi Semai Bakti dan Advokasi Perundangan Akta Sosial Jabatan di rumah panjang Tr Garing dekat sini, baru-baru ini.

Pengarah program Kamarau Kubu berkata, program komuniti ini merupakan salah satu inisiatif pihak institusi dalam menyantuni setiap lapisan masyarakat.

Menurutnya, semangat bakti dan keikhlasan harus menjadi penggerak utama dalam setiap tindakan yang diambil.

“Dalam setiap langkah yang kita ambil, dalam setiap tindakan yang kita lakukan, semangat bakti dan keikhlasan haruslah menjadi penggerak utama. 

“Bagi saya, program ini adalah satu contoh nyata bagaimana kita dapat bersama-sama membantu mereka yang memerlukan, tanpa mengira bangsa, agama, atau latar belakang,” katanya dalam ucapan perasmian penutupan majlis tersebut.

Beliau menambah bahawa melalui program ini, mereka telah mengambil langkah signifikan ke arah membentuk masyarakat yang lebih sejahtera dan berdaya tahan. 

“Pengalaman dan nilai-nilai yang diperoleh oleh setiap peserta diharap menjadi titik tolak penting dalam perjalanan kehidupan masing-masing.

“Harapan kami adalah agar kerjasama ini tidak berakhir di sini, tetapi terus berkekalan untuk kebaikan bersama,” ujarnya.

Program yang berlangsung selama sehari itu dimeriahkan dengan kehadiran lebih 100 orang peserta termasuk pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Katibas, Kelab Belia Gagasan Daerah Song, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), agensi kerajaan dan penduduk rumah panjang Tr. Garing. 

Antara aktiviti dijalankan seperti senamrobik, gotong-royong taska, sesi ceramah kesihatan kanak-kanak “Penyakit HFMD” oleh Pejabat Kesihatan Daerah Song dan sesi ceramah daripada Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) Daerah Song yang bertajuk “Remaja Hamil Bawah Umur dan Akta Kanak-Kanak 2001”.

Oleh Tarani Lanting  

Continue Reading

Previous: 36 penerima DUN Dudong terima dana PPK berjumlah RM641,000
Next: Senarai miskin tegar dalam e-Kasih akan dikemaskini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.