Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 11 NGO terima peruntukan geran berjumlah RM111,000
  • WILAYAH

11 NGO terima peruntukan geran berjumlah RM111,000

Utusan Sarawak 2 years ago
TERIMA KASIH… Datuk Rosey Yunus rakam kenangan bersama ahli-ahli daripada 11 pertubuhan yang menerima MRP di Pusat Khidmat DUN Bekenu, hari ini.

BEKENU: Sebanyak 11 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terima peruntukan geran berjumlah RM111,000 Projek Kecil Luar Bandar (MRP) daripada Timbalan Menteri Wanita dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus di sini, hari ini.

Antara yang menerima peruntukan geran ialah Kelab Usahawan Wanita Ikhtiar Niah, Persatuan Penganut Buddha Batu Niah, Tokong Batu Niah, Miri Sibuti Che Cheng Khor Moral, Persatuan Fu Chaw Batu Niah, Lembaga Perusahaan Cina Batu Niah, Persatuan Hakka Batu Niah.

Selain itu, Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Padang Bekenu, JKKK Kayu Kapur, JKKK Ranchah-Ranchah dan JKKK Rh. Salleh Gaong.

Rosey berkata, peruntukan MRP tersebut bagi memudahkan pertubuhan terbabit menjalankan aktiviti pertubuhan dan kemasyarakatan di kawasan masing-masing.

“Jumlah keseluruhan peruntukan geran MRP bernilai RM111,000 dan kepada pertubuhan adalah berbeza mengikuti aktiviti yang dirancangkan.

“Kesemua pertubuhan yang terima MRP adalah NGO dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu,” jelasnya ketika ditemui di Pusat Khidmat DUN Bekenu di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu mengucapkan tahniah kepada pertubuhan tersebut kerana telah mengadakan pelbagai aktiviti yang membawa manfaat dalam kemasyarakatan di kawasan masing-masing.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: 15 pegawai, 250 anggota terlibat perbarisan serah terima tugas
Next: Sarawak terima 92 projek persekutuan bernilai RM1 bilion – Uggah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.