Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 11 NGO jayakan majlis makan malam
  • PRU-15
  • WILAYAH

11 NGO jayakan majlis makan malam

Utusan Sarawak 3 years ago

SIMBOLIK... Pemotongan kek pada Majlis Makan Malam Gabungan Pertubuhan NGO Islam Sibu, malam semalam.

SIBU: Sebanyak 11 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berkumpul menjayakan Majlis Makan Malam Gabungan Pertubuhan NGO Islam Sibu.

Pengerusi Pesona Sarawak yang juga Ketua Pemuda Pelawan Parti Pesaka Bumitera Bersatu (PBB), Abang Mohamad Hafiq Abang Kassim berkata, makan malam bertujuan  menyatukan masyarakat pelbagai kaum.

“Makan malam ini adalah bagi menyatukan hubungan antara kita semua tidak kira Melayu,Cina,Iban, Melanau dan dalam Islam juga kita dituntut untuk saling mengenali antara satu sama lain dan hormat menghormati.

“Majlis makan malam ini diadakan dua kali dalam setahun dengan satu matlamat satu tujuan iaitu mengeratkan silaturahim sesama kita demi perpaduan ukwah dalam organisasi ini.

“Kita menolak pandangan sesetengah pihak, bahawa pertubuhan seperti ini diwujudkan atas dasar kepentingan sendiri untuk mengaut untung serta dianggap sebagai gangsterisme,” katanya di Dewan Kelab Melayu (MUC) Sibu, malam semalam.

Abang Mohamad Hafiq Abang Kassim menambah ini adalah satu fitnah atau buruk sangka yang dilontarkan oleh sesetengah pihak.

“Jika benar wujudnya pertubuhan ini, pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia tidak akan meluluskannya,” tambahnya.

Turut hadir sama, Timbalan Menteri Pendidikan,Inovasi dan Pembangunan Bakat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Datuk Dr. Annuar Rapa’ee, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Kesihatan Awam dan Perumahan) yang juga ADUN Pelawan Michael Tiang Ming Tee serta calon GPS Sibu, Clerence Ting.

Continue Reading

Previous: Terus santuni penduduk Tanjong Manis
Next: Jasa Wan Junaidi tidak dilupakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.