Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • 11 kapal di bawah Projek Safina Petronas dijangka siap menjelang suku pertama 2024 – AMIM
  • BISNES

11 kapal di bawah Projek Safina Petronas dijangka siap menjelang suku pertama 2024 – AMIM

Utusan Sarawak 2 years ago
MENURUT Persatuan Industri Marin Malaysia (AMIM) dalam satu kenyataan sempena pelancaran dua kapal Safina Fasa 1 di Sarawak Slipway di Miri, hari ini, kapal-kapal ini akan disiapkan secara berperingkat, bermula tahun ini dan berakhir pada suku pertama 2024.

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) melalui kontraktor penyusunan petroleum (PAC), telah memulakan  pembinaan 11 kapal sokongan luar pesisir (OSV) di bawah fasa pertama Projek Safina (Safina Fasa 1), kata Persatuan Industri Marin Malaysia (AMIM).

“Kapal-kapal ini akan disiapkan secara berperingkat, bermula tahun ini dan berakhir pada suku pertama 2024,” katanya dalam satu kenyataan sempena pelancaran dua kapal Safina Fasa 1 di Sarawak Slipway di Miri, hari ini .

Safina Fasa 1 ialah program baharu Petronas yang menyasar membina sehingga 100 kapal dalam tempoh empat hingga lima tahun bagi melupuskan kapal lama yang mencapai had umur 15 tahun.

Projek Fasa 1 melibatkan pembinaan 16 OSV dengan kesemua 10 limbungan kapal yang dipilih oleh Petronas untuk projek berkenaan adalah ahli AMIM.

Presiden AMIM Adren Siow berkata, limbungan kapal tempatan mempunyai kapasiti dan keupayaan untuk terlibat dalam projek besar negara seperti Projek Safina.

“Limbungan kapal Malaysia telah membina lebih 297 OSV sejak 2005 dan telah dijual di seluruh dunia,” tambahnya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kadar faedah FED AS, krisis Timur Tengah tentukan aliran kontrak niaga hadapan emas
Next: Sebanyak 3,200 metrik tan koko diperlukan bagi kegunaan dalam negara – Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.