Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 108 projek pembangunan DUN Kabong direkodkan, RM204.4 juta peruntukan keseluruhan
  • WILAYAH

108 projek pembangunan DUN Kabong direkodkan, RM204.4 juta peruntukan keseluruhan

Utusan Sarawak 8 hours ago
ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasaan Projek Kawasan DUN Kabong bertempat di Bilik Mesyuarat Kenyalang, Tingkat 3, Pejabat Residen Bahagian Betong, hari ini. Foto ADUN Kabong

BETONG: Sebanyak 108 projek fizikal pembangunan telah direkodkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong berdasarkan pembentangan oleh Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA), kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, 36 projek atau 33 peratus telah siap dilaksanakan, manakala 62 projek atau 57 peratus masih berada pada peringkat perancangan. 

Selain itu, lapan projek atau lapan peratus berada pada status ikut jadual, satu projek atau satu peratus mendahului jadual, manakala satu projek atau satu peratus lagi mengalami kelewatan.

Menurutnya, dari segi prestasi kewangan, jumlah peruntukan keseluruhan bagi projek pembangunan di DUN Kabong adalah sebanyak RM204,415,561.60. 

ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasaan Projek Kawasan DUN Kabong bertempat di Bilik Mesyuarat Kenyalang, Tingkat 3, Pejabat Residen Bahagian Betong, hari ini. Foto ADUN Kabong

Bagi 2026 pula, peruntukan yang disediakan berjumlah RM32,396,890.27 dengan perbelanjaan semasa direkodkan sebanyak RM21,780,580.60.

Chee Kadir berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasaan Projek Kawasan DUN Kabong bertempat di Bilik Mesyuarat Kenyalang, Tingkat 3, Pejabat Residen Bahagian Betong, hari ini.

Beliau menjelaskan, mesyuarat berkenaan bertujuan meneliti status semasa pelaksanaan projek-projek pembangunan di kawasan DUN Kabong serta menyelaras tindakan susulan bagi memastikan setiap projek dapat dilaksanakan dengan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa semua projek yang dirancang perlu dilaksanakan mengikut jadual dan tidak seharusnya mengalami kelewatan. 

Katanya, sebarang kelewatan perlu dikenal pasti puncanya dengan segera supaya tindakan pembetulan dapat diambil bagi memastikan projek dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Beliau turut menekankan kepentingan pemantauan berterusan serta komitmen tinggi daripada semua agensi pelaksana agar peruntukan yang disalurkan dapat dimanfaatkan secara optimum dan berkesan.

Chee Kadir berharap kerjasama erat antara semua agensi pelaksana dan pihak berkaitan dapat terus diperkukuhkan demi memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai oleh rakyat di kawasan DUN Kabong.

Menurutnya, pelaksanaan projek yang cekap dan menepati jadual bukan sahaja akan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, malah sejajar dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan serta kualiti hidup masyarakat setempat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dua projek perumahan bermasalah di Bintulu dalam fasa pemulihan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.